Booth Unicorn milik Puan Ruby kini beroperasi di Lotus Station 18, Ipoh

“Mulanya saya takut juga nak mula tapi lepas boss Farhan dah terangkan lebih jelas, saya yakin boleh pergi jauh,” itu kata Puan Rubeniay Lata @ Ruby yang sertai projek Unicorn bersama Chocodap’s, baru-baru ini.

Nekad untuk keluar dari zon selesa, Ruby bersama suami kini mengusahakan booth coklat di bawah pakej Unicorn bermula 1 September.

Mengambil lokasi di Lotus Station 18, Ipoh, Ruby berharap usaha yang disemai membuahkan hasil yang memuaskan.

“Saya harap jenama Chocodap’s terus bersinar di sini. Lokasi booth sini merupakan tempat tumpuan ramai dan harapan saya ramai yang akan singgah untuk rasa sendiri keenakan Chocodap’s.

“Selalunya jual online sekarang pelanggan boleh datang terus dan beli di sini. Nak rasa dulu, bila dah puas hati dengan rasa, baru beli. Ada customer begitu. Kena rasa dulu. Apapun bisnes Chocodap’s atas talian masih berjalan, kedai pun beroperasi seperti biasa,” kata Ruby.

Ruby bersyukur suaminya, Encik Kannan sentiasa ada di sisi membantu di booth.

“Dulu masa awal saya bisnes suami kurang sokong. Keadaan dah berubah, suami pula yang bersemangat untuk berniaga sama.

“Anda yang minat nak berniaga coklat macam saya juga, boleh sertai pakej Unicorn. Mudah dan cepat untuk mulakan bisnes booth di tempat awam. Seronok jumpa ramai orang dan dapat perkenalkan Chocodap’s kepada orang ramai,” ucap Ruby.

Booth Chocodap’s Ruby menawarkan pelbagai jenis coklat keluaran syarikat. Pendek kata, macam-macam ada!

Jom ke Pasaraya Lotus Station 18, Ipoh hari ini.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment