Bekas pramugari cuba nasib jual coklat, Cik Tata yakin produk boleh pergi jauh

Bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan terkenal ini kehilangan kerja selepas wabak Covid-19 menyerang dunia.

Sejak itu, Herawati Kaman @ Cik Tata mula berjinak dalam dunia bisnes dalam talian.

Kongsi Cik Tata pelbagai jenis produk diusahakan namun semuanya tidak menampakkan hasil memuaskan.

Sehinggalah bertemu dengan Chocodap’s, Cik Tata akhirnya mampu tersenyum melihat hasil penat lelah berniaga produk coklat tempatan.

“Sebenarnya saya baru saja mula dengan Chocodap’s. Sebelum ni banyak produk saya dah cuba jual semuanya tak jalan.

“Pertama kali saya dengar pasal Chocodap’s, saya cuba beli dan rasa sendiri. Bila dah rasa saya yakin produk ini boleh pergi jauh sebab sedapnya memang ‘tak boleh bincang’. Saya dah pergi ke banyak negara sebab dulu kerja sebagai pramugari dan dapat rasa coklat buatan negara. Bila makan Chocodap’s, rasanya seakan sama. Malah lebih sedap!,” kata Cik Tata.

Sementara itu, Cik Tata yang berasal dari Sabah kini mengusahakan kiosk Chocodap’s di MesaMall Nilai dan Mydin Senawang.

Insha Allah, Cik Tata dan team akan berada di lokasi sehingga 11 November depan.

Anda yang berada berhampiran kawasan lokasi kiosk milik Cik Tata, jangan lupa singgah ok?

Pelbagai jenis coklat tersedia di sana antaranya Classic Chocolate, Mini Bite, Truffle Yogurt, Chocolate Bar dan banyak lagi.

Comments

  • NUR NAJIHAH BINTI ABDUL KARIM
    09/02/2022 at 2:42 PM

    wahhhh semoga dengan bisnes ni kita semua mampu perbaiki lagi ekonomi diri sendiri insyaallah 🔥💪

Add a comment