Khabar gembira buat penduduk di sekitar Johor! Anda kini boleh menikmati Chocodap’s pada bila-bila masa je. Ini kerana kiosk Chocodap’s yang diusahakan oleh Puan Norasiah Othman dah mula beroperasi di dalam pusat beli belah AEON Mall, Kulaijaya bermula bulan ini.
Kongsi Puan Norasiah, dia mengambil inisiatif untuk membuka kiosk coklat di dalam pusat beli belah selepas melihat potensi besar melihat jenama Chocodap’s terus dikenali ramai lebih-lebih lagi mall berkenaan menjadi tumpuan orang ramai setiap hari.
“Alhamdulillah, respon sangat baik dari hari pertama saya berada di sini. Buat masa ini saya dan staff bergilir menjaga kiosk. Memandangkan permintaan dan kunjungan semakin ramai dari hari ke hari, saya juga dalam proses mencari staff yang agresif. Kira yang boleh buat orang datang dan nak singgah ke kiosk untuk rasa sendiri keenakan coklat tempatan yang kualitinya setaraf international.
“Happy sangat bila tengok customer singgah dan puji Chocodap’s. Rasa macam satu kepuasan dapat berkongsi manfaat Chocodap’s dengan orang ramai. Yang belum datang, boleh singgah nanti ya! Kiosk Chocodap’s Insha Allah akan terus berada di sini selagi mendapat permintaan tinggi. Doakan saya tau,” kata Norasiah.
Tambah usahawan berusia 50 tahun ini, pelbagai coklat Chocodap’s tersedia di kiosk dengan harga mampu milik. Pendek kata, semua orang mampu memilikinya!
“Coklat ada, goodies pun ada. Tak lama lagi saya plan nak letak hamper, bouquet serta surprise box. Lebih banyak pilihan untuk shopping di sini nanti. Baru lah meriah kan,” katanya yang mengakhiri bicara dengan semangat yang cukup positif.
Untuk anda yang berada di kawasan berhampiran, boleh lah berkunjung ke tingkat 1 berhampiran food avenue di AEON Mall, Kulaijaya bermula hari ini ok?