‘Sekarang ada dua slip gaji, itu paling syok’- Ummu Safwah

Ramai yang nak cuba berniaga tapi ramai yang tak berani berdepan risiko.

Belum cuba belum tahu ya, jangan mengalah sebelum mencuba!

Ejen Chocodap’s kali ini berasal dari selatan tanah air, Ummu Safwah Mohd Repangi atau mesra dengan panggilan Ummu sahaja.

Berusia 29 tahun, Ummu mula bergiat aktif sebagai ejen Chocodap’s sejak Jun 2020.

“Seronok sebab fast cash setiap hari. Pada awalnya saya saja nak try, nak tengok boleh pergi jauh ke tak.

“Tak sangka dari saja-saja terus jatuh cinta. Paling seronok, sekarang ini saya ada dua slip gaji. Alhamdulillah atas rezeki yang dipinjamkan untuk saya dan suami,” katanya.

Masih bekerja di salah sebuah syarikat swasta, Ummu akui Chocodap’s banyak membantu perbaiki kewangan bulanannya.

“Kalau nak ikut gaji hakiki memang cukup-cukup makan. Beli keperluan memang boleh tapi bila bab kehendak tu, kena catu sikit. Alhamdulillah bila dah ada side income dapat juga saya membeli kalau teringin.

“Dalam masa sama saya juga berniat untuk beli rumah dan juga bawa keluarga tunai Umrah dengan hasil Chocodap’s. Insha Allah semoga Allah SWT permudahkan,” ujar Ummu.

Sepanjang bersama Chocodap’s, Ummu meraih percapaian tertinggi sebanyak RM 15,498 pada Oktober tahun lalu.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment