“Lapan hari Alhamdulillah kami dapat collect RM 18,000,” demikian kata ejen Chocodap’s, Puan Mahanom atau Kak Nom yang ‘berkampung’ di AEON Shah Alam sejak 17 Januari lalu.
Berita gembira itu disampaikan kepada kami ketika Kak Nom dalam perjalanan pulang ke rumah, malam tadi.
Kata kak Nom, ramai pengunjung yang datang ke booth kerana tertarik dengan jingle Chocodap’s yang pernah ke udara di radio sebelum ini.
“Ramai yang cakap, ‘Oh ini ke Chocodap’s, selalu lagu dengar kat radio’.
“Ternyata penangan jingle Chocodap’s sebelum ini ada impak yang besar dekat event kali ini. Orang sukakan lagu itu. Bila dah lagu, orang mula datang ke booth untuk rasa sendiri kesedapan Chocodap’s itu sendiri. Alhamdulillah respon amat baik,” katanya.
Tambah Kak Nom, seramai lapan orang berjaya membuat belian stok sebanyak RM 1000 sekaligus layak untuk mendaftar dalam cabutan bertuah anjuran Chocodap’s yang berlangsung sehingga Jun ini.
“Ada empat orang lagi yang buat belian atas RM 500. Macam saya kata memang best dapat customer yang support kami tak henti-henti.
“AEON Shah Alam mungkin tak sepadat berbanding mall lain tetapi customer yang lalu memang berkualiti. Kami pula tak duduk diam di booth, bila nampak pengunjung lalu kami segera approach,” katanya.
Kongsi Kak Nom, dia dan team juga mengenakan pakaian warna rasmi Chocodap’s iaitu kuning dan hitam pada setiap hujung minggu.
Amacam guys? Jangan ketinggalan untuk singgah ke booth Chocodap’s yang berlangsung sehingga 30 Januari ini di AEON Shah Alam. Macam-macam jenis coklat ada tau!