Penting upgrade ILMU sebelum mula bisnes, kalau tak…

Jangan pernah berhenti perbaiki diri dari masa ke semasa. Penting untuk anda agar tak ketinggalan dalam dunia bisnes!

Seiring teknologi yang bergerak pantas masa kini, segalanya tidak mustahil. Kami kongsikan beberapa tips berguna untuk usahawan baharu;

1) Jangan cipta alasan, sebaliknya membuat penambahbaikan.

Bila sesuatu dilakukan tidak menghasilkan apa diharapkan, normal untuk memberikan alasan. Namun ia tidak akan membawa sebarang kebaikan kerana tidak menyelesaikan masalah pun. Oleh itu, lebih baik daripada beri alasan dengan fokus untuk selesaikan masalah itu. Mungkin ia tidak dapat dibaiki sekelip mata tapi asalkan anda ada buat tambah baik ia akan dapat diselesaikan nanti.

2) Jangan berhenti ketika penat, sebaliknya berhenti bila selesai.

Anda akan penat suatu masa nanti sebagai seorang usahawan terutama ketika perkara dilakukan tidak berjalan seperti diharapkan.

Bagaimanapun apa yang boleh membuatkan seseorang usahawan itu terus melakukan tindakan dan usahawan dengan adanya sikap ‘persistent’ atau berterusan. Tidak kira anda penat atau sudah kerja melebihi waktu anda tidak berhenti hingga ia selesai. Pada waktu anda berhenti merupakan hari anada gagal.

3) Jika anda membantu orang mendapatkan apa yang dimahukan, anda juga akan dapat apa anda mahukan.

Bantu orang lain. Bila anda membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan, mereka juga akan lebih membantu anda.
Seperti selalu diingatkan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dengan hadis Nabi Muhammad SAW:

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

4) Fokus, Fokus, Fokus!

Jangan tersasar dari landasan dalam perjalanan menuju kejayaan. Pastikan anda berada dalam circle yang betul, cubaan untuk hilang fokus mungkin akan gagal dan anda be on track semula.

5) Setiap kejayaan seseorang ada bertahun tempoh mereka tidak berjaya.

Kejayaan tidak akan berlaku sekelip mata. Perjuangan mungkin memakan masa bertahun, mungkin alami kegagalan dan kesilapan dilakukan sebelum tiba ke puncak.

Sebab itu, jika anda terus berusaha dan tambah baik ilmu sebagai seorang usahawan, kemungkinan untuk anda berjaya akan lebih tinggi.

Kredit: Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment