Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!
Bagi Eza Noorhaleza, biarpun sibuk dengan tugasan sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta terkemuka di ibu kota, dia tetap mencari masa untuk menjalankan bisnes bagi mendapat pendapatan sampingan.
Mesra disapa sebagai Eza, wanita berusia 31 tahun ini mengaku tertarik menyertai Chocodap’s kerana menyifatkan jenama coklat ini sebagai produk luar biasa. Bukan saja sedap dimakan malah produk coklat ini juga mampu mendatangkan manfaat kepada usahawan baharu di luar sana.
“Kalau nak cakap tak sibuk di hospital, itu tak betul. Saya kalau bekerja fokus 100%. Cuma saya fikir dengan tiga anak saya yang sedang membesar, saya rasa perlu lakukan sesuatu untuk menaik taraf kewangan kami sekeluarga.
“Saya dan anak-anak memang hantu coklat. Orang kata kalau nak berniaga, cari something yang kita minat. Jadi tak nak fikir panjang, coklat memang bisnes paling ideal untuk saya,” kongsinya.
Meskipun banyak produk yang menawarkan ganjaran kepada para ejen dan dropship, Eza berpendapat Chocodap’s mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Saya dikelilingi oleh circle yang cukup positif, selalu membantu antara satu sama lain dan tak lokek ilmu. Macam Eza sendiri baru dalam Chocodap’s, tetapi banyak benda baru yang saya belajar daripada ejen yang terdahulu mendaftar.
“Saya juga bersyukur dibimbing oleh leader yang prihatin dan sentiasa beri sokongan moral kepada anak-anak ejen di bawahnya,” kata Eza yang berada di bawah team Ihsan Yaakob.
Hampir setahun bersama Chocodap’s, banyak ‘habuan’ yang Eza dapat miliki antaranya rantai emas untuk anak-anak dan berjaya menabung wang simpanan setiap bulan.
“Kalau dulu susah nak beli barang kemas, nak buat saving pun susah apa lagi nak beli barang kehendak. Duit gaji yang ada saya dulukan beli barang keperluan rumah. Alhamdulillah selepas dah join Chocodap’s banyak perubahan yang saya lalui. Syukur Allah SWT hantar rezeki melalui medium Chocodap’s,” katanya.
Tambah Eza, dia bersyukur meraih jualan persendirian mencecah lebih RM 2000 setiap bulan.
Kata Eza lagi, dia berazam berusaha lebih gigih agar hasilnya yang diperoleh kelak dapat membantu orang sekeliling yang dalam kesusahan.
J Foong
09/16/2021 at 11:26 AMHebat Eza, jom sama2 chia2 😊😀👍🏻👍🏻