“Chocodap’s bukan saja bantu ubah poket saya malah berjaya membentuk keperibadian saya agar menjadi lebih sabar,” itu kata Rozalia Remet Jose, ejen Chocodap’s yang menetap di Kuching, Sarawak.
Wanita berusia 32 tahun ini berkongsi pengalaman sertai keluarga Chocodap’s sejak Mac 2021 ini memberitahu dia dapat melihat lebih jelas dengan masa depannya bersama Chocodap’s.
Wah…sifat yang perlu dicontohi oleh semua iaitu SEMANGAT juang yang tinggi!
Mesra dipanggil Cik Met, ibu empat orang anak ini menceritakan bagaimana Chocodap’s berjaya mengubah hidupnya.
“Sepanjang berniaga Chocodap’s saya berpeluang berniaga di booth sekitar Kuching. Pengalaman yang sangat best dan banyak ajar saya untuk lebih bersabar. Pengalaman pertama bila ada peluang buka booth di Karnival Belia Masjid Jamek pada 25-27 Mac tahun ini. Bayangkan dalam tiga hari je, saya dapat collect RM 500. Berdiri di bawah khemah yang panas dan adakala hujan, semua itu beri saya pengalaman luar biasa. Memang best!
“Bila dah nampak hasil dalam tangan, saya lebih bersemangat untuk melangkah lebih maju dan laju. Struggle tapi berbaloi.
“Semakin rancak saya berniaga di merata tempat dan ternyata buka booth dah jadi hal yang seronok,” ujarnya penuh semangat.
Sementara itu, Cik Met kini sedang mengusahakan booth di perkarangan bazar Ramadan Kompleks Maritim Muara Tebas dan akan berada di sana sehingga malam Raya.
“Kalau nampak saya di sini jangan segan nak singgah ke booth Chocodap’s. Mungkin ada yang bertanya memandangkan saya non-Muslim tetapi berniaga di bazar Ramadan. Jangan risau, Chocodap’s merupakan coklat berjenama tempatan yang ada sijil Halal.
“Syukur sambutan sepanjang Ramadan amat baik. Ramai yang cari coklat untuk buat kudapan selepas solat Tarawih,” kongsinya lagi.
Cik Met yang kini berada di peringkat Captain berazam untuk sebuah butik coklat di sekitar Sarawak sekaligus mahu memberi keselesaan kepada anak-anaknya.
Amacam, seronok kan tengok perjalan Cik Met dengan Chocodap’s? Kalau Cik Met mampu mula dan buat, kenapa anda tidak. Tiada yang mustahil kan?