Kikis karakter Introvert demi kelangsungan hidup? Ini cara Afiq ubah hidup!

“Karakter introvert dulu buatkan saya agak susah nak bercakap dengan orang yang baru kenal. Tapi lepas duduk dalam circle Chocodap’s, semua terus berubah,” akui ejen Afiq Muzakkir Khairon Zamani @ Afiq yang gembira dengan perubahan positif dilaluinya.

Berusia 33 tahun, Afiq mula sertai Chocodap’s pada 29 April 2021 selepas ambil keputusan untuk berhenti kerja dalam bidang retail.

Katanya, faktor burned out turut menjadi punca dia nekad untuk meninggalkan kerjaya lama dan fokus dalam bidang baharu.

“Ada dua faktor kenapa saya tiba-tiba rasa dah tak boleh nak teruskan kerja lama. Pertama saya burned out dan kedua perihal peribadi, saya gagal dalam hubungan cinta.

“Lepas dua insiden ini saya berjanji untuk kerja sungguh-sungguh dan capai impian jadi usahawa berjaya. Lagipun saya nak buat benda yang saya minat iaitu berkecimpung dalam bidang Food & Beverages (F&B).

“Saya juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan di UITM. Masa dekat kampus dulu pernah juga berniaga coklat kecil-kecilan,” kongsinya.

Afiq yang kini menjalankan bisnes Chocodap’s sepenuh masa turut turun padang dengan mengusahakan booth Chocodap’s di dalam pusat beli belah.

“Dulu saya seorang yang susah sangat bila nak berdepan dengan orang ramai. Bila start berniaga ada mulut manusia yang kata boleh ke saya buat. Untuk kali pertama tu tak boleh expect saya buat terus perfect. Tapi lama-lama buat Alhamdulillah dah makin improved.

“Untuk leader saya, terima kasih atas tunjuk ajar dan saya berjaya buktikan orang Introvert macam saya ni perlukan ruang dan masa untuk adapt situasi,” akhiri Afiq. Untuk rekod jualan, Afiq yang kini di peringkat Captain berhasil mencecah jualan peribadi tertinggi sebanyak RM 3512 pada Mac 2022.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment