Pepatah mengatakan ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?’
Usaha dan doa, jika seiring setiap hari, Insha Allah tiada yang mustahil untuk direalisasikan!
Puan Norashikkin Justamam atau Shikkin berjaya membuktikan dengan menjual coklat mampu membantunya membeli sebuah kereta. Lebih menarik, kereta yang dibeli bukan untuk kegunaan sendiri tetapi untuk mak abah di kampung halaman.
“Di Chocodap’s lah segala impian saya bermula dan terlaksana. Hasil berniaga coklat, angan-angan saya jadi kenyataan. Dari dulu saya teringin sangat nak hadiahkan mak abah kereta untuk kemudahan mereka ke sana sini.
“Bukan niat untuk rasa takbur tetapi hasil simpanan saya lebih daripada RM 10,000 dengan berniaga coklat. Duit itu juga saya dan suami sepakat untuk jadikan deposit kereta,” katanya gembira.
Tambah Shikkin, dia dan suami memilih kereta model MyVi Facelift 1.5 Adv yang bernilai RM 61,000.
“Saya keluarkan 10% daripada duit simpanan. Syukur Alhamdulillah pada 31 Disember 2021, saya buat kejutan untuk mak abah. Rasa gembira dan sebak bila lihat wajah mereka. Alhamdulillah, hajat kami tercapai untuk lihat mak abah gembira dapat kereta baharu.
“Insya Allah, perjuangan kami masih diteruskan dan saya rasa amat bersyukur atas jalan yang Allah SWT tunjukkan bersama Chocodap’s.
“Kejayaan hari ini juga hasil bantuan sahabat baik saya dari waktu sekolah, Encik Emy atau Abang Jago yang memperkenalkan Chocodap’s kepada saya. Terima kasih Allah SWT, terima kasih keluarga dan terima kasih sahabat,” ujarnya penuh syukur.