Terima kasih warga Singapura atas sokongan!

Alhamdulillah selesai 4 hari booth Chocodap’s di SINGAPORE EXPO buat kali pertama. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Sangat bersyukur disebalik pelbagai cabaran sebelum nak start event, alhamdulillah Allah hadirkan rezeki luar biasa dekat sana. Unexpected belian bercarton kurma di tapak booth kami. Allah Maha hebat

Kalau nak diceritakan kat sini panjang berjela jadinya😂 its a good start & buat mereka yang pertama kali nak masuk sini memang kene ada orang guide. Orang Singapura memang suka shoping di expo & sangat sporting. Sangat berbaloi2 masuk expo tp sangat kene ada plan & strategi yang betul.

Jutaan terima kasih yang ambil berkotak2 semalam antaranya kak Nor Nour yang datang dua kali di booth. Terima kasih banyak Kak Nor & kenalan di Facebook ticer dan pertama kali jumpa di booth nak ambil carton adik manis Nur FarYahya. Salam perkenalan😍

Dan ada abg yang beli dua carton kurma bawak kenalan dia yang borong 10 carton kurma. MasyaAllah TabarakAllah syukur Alhamdulillah rezeki Allah Maha Luas.

Kami memang tak duduk diam di booth, bukan duduk tunggu customer lalu lalang dan datang. All out habis empat hari bagi sample. Itu yang sampai sakit-sakit kaki tapi pengalaman yang sangat bermakna buat kami.

Assalamualaikum & salam kejayaan buat sahabat semua 💛

Ticer Sarah

Founder Chocodap’s

Lahirkan Jutawan Chocodap’s

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment