Tak pernah terfikir nak mula bisnes, Ifa makin selesa jadi Tokey Coklat!

Pernah berkhidmat sebagai akaun eksekutif di salah sebuah anak syarikat Kerajaan sebelum ini, Puan Zalifah Amzat atau mesra dengan panggilan Kak Ifa mengakui tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk bergelar usahawan coklat seperti sekarang.

Ujar wanita berusia 39 tahun ini memberitahu dia pernah berdepan cabaran sukar ketika berkhidmat di beberapa buah syarikat sebelum ini. Dalam masa sama, dia bersyukur Allah SWT kini membuka peluang untuknya bekerja sendiri.

“ Sebelum wabak Covid-19 melanda dunia, saya pernah bekerja di beberapa syarikat terkemuka tetapi ada cabaran tersendiri. Antaranya saya pernah berdepan pengalaman apabila kemampuan saya diperlekeh oleh pegawai atasan. Hati mana yang tak sedih waktu itu tetapi saya percaya rezeki Allah SWT itu luas.

“Selepas peristiwa itu, saya cuba mencari kerja di syarikat lain pula. Alhamdulillah saya diterima di sebuah syarikat di Ampang. Di sana saya berjaya buktikan yang saya mampu untuk galas tanggungjawab dengan baik. Saya seronok bekerja di sana tetapi aturan Allah menulis rencana lain untuk saya.

“Baru rasa selesa di sana, Covid mula melanda negara. Syarikat tempat saya bekerja perniagaanya berkait dengan negara China. Ini menyebabkan kewangan syarikat terjejas teruk dan kami sebagai pekerja dinasihatkan untuk berhenti. Sekali lagi saya rasa saya dah gagal. Tetapi saya tidak boleh bersedih lama. Kena bangkit demi keluarga.

“Tahun lalu saya nekad untuk sertai Chocodap’s sebagai usahawan coklat,” katanya

Tambah ibu kepada dua anak ini dia selesa dan seronok dengan perniagaan yang dijalankan pada masa sekarang. Selain gemar makan coklat, Kak Ifa juga tidak sangka dari hobi akhirnya dia juga dapat menjana pendapatan daripada coklat.

“Saya nak buktikan kepada orang yang mengenali diri ini, saya bukan jenis orang yang cepat mengalah bila diuji dengan cabaran. Dengan hasil berniaga, saya harap dapat langsaikan pinjaman rumah dan juga saya nak bantu lebih ramai suri rumah untuk ada pendapatan sendiri. Zaman sekarang, dari rumah pun kalau kita ada usaha, kejayaan pasti mengekori kita, Insha Allah,” ujarnya.

Untuk rekod, Kak Ifa berjaya meraih jualan berkumpulan sebanyak Rm18,330.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment