‘Tak mudah tapi tak susah’…Fya kongsi pengalaman berniaga di booth Mid Valley

“Seronok dapat peluang berniaga dekat booth di pusat beli belah. Pelbagai pengalaman saya dapat. Antaranya saya belajar nak sapa orang yang tak dikenali,” kata Fya Ayob membuka cerita pengalamannya berniaga di gerai Chocodap’s di Mid Valley, hujung minggu lalu.

Kata Fya atau nama sebenarnya Fairuz Binti Ayob, 34, dia dan team berdepan dengan cabaran iaitu perlu bersaing dengan produk makanan yang turut berada di sana.

“Sengit tapi ia saingan sihat! Bukan gerai kami sahaja yang jual coklat malah banyak gerai lain yang menjual produk makanan. Jadi kami tukar strategi kepada ‘Asal barang, tukar jadi duit’. Selepas itu kami pasang lagu Chocodap’s sebagai ‘pelaris’ di booth kami. Alhamdulillah, respon memang hebat,” katanya dalam nada ceria.

Tambah Fya, dia turut berdepan cabaran apabila perlu menerangkan kelebihan Chocodap’s kepada pengunjung dari pelbagai bangsa.

“Bukan orang Melayu sahaja yang singgah ke booth malah kaum Cina dan India juga ada. Lain orang lain seleranya. Penting untuk kami berkongsi kebaikan coklat Chocodap’s agar semua faham ini bukan coklat biasa-biasa. Pelbagai jenis coklat tersedia dan pilihan bukan sekadar satu dua,” katanya optimis.

Tambah Fya, hampir 8000 pengunjung yang singgah ke gerai Chocodap’s sepanjang tiga hari berlangsung.

Dalam masa sama, Fya berterima kasih kepada founder Chocodap’s dan CEO, Ticer Sarah serta suami, Encik Farhan kerana sudi meluangkan masa di booth selama 40 minit.

“Pengalaman hebat yang tak mungkin saya lupakan. Saya seronok dan puas hati sangat dapat sebarkan kebaikan Chocodap’s dengan ramai orang.

“Saya boleh simpulkan, tak mudah tapi tak lah susah untuk lakukannya. Terima kasih buat team, Lina, Kak Nani, AJ dan juga King Ryna atas pengalaman indah ini. Sakit kaki tapi apa lah sangat jika dibandingkan dengan pengalaman yang kami dapat. Ada peluang, Insha Allah saya nak repeat lagi,” akhiri Fya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment