Tak boleh duduk diam sejak muda faktor bonda Masitah masih konsisten berniaga

Di usia 58 tahun, Puan Masitah Ramli masih ligat berniaga. Mengusahakan sebuah kedai pakaian di daerah Felda Lepar Hilir 03, Masitah yang selesa dipanggil Bonda mengaku minatnya terhadap dunia bisnes terbit sejak zaman muda lagi.

Sebut je bisnes apa yang bonda tak pernah cuba! Banyak pengalaman berniaga yang sudah dilalui oleh bonda termasuklah direct selling dari rumah ke rumah sehinggalah menjadi ejen insurans.

“Bonda orangnya tak boleh duduk diam. Mesti nak gerak ke sana sini. Sebab tu dulu bonda pernah buat direct selling dengan jual kain dari rumah ke rumah. Tak rasa penat sebab seronok buat benda yang kita minat.

“Tapi keadaan berubah selepas suami bonda jatuh sakit. Suami yang kini berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) perlu dijaga dengan baik jadi bonda dah tak buat direct selling sejak itu.

“Sejak tujuh tahun lepas, bonda ada mohon menyewa lot kedai di kawasan Felda bonda tinggal. Alhamdulillah permohonan bonda diluluskan. Sejak itu juga bonda banyak duduk di kedai usahakan bisnes kain baju dari situ,” katanya.

Wanita kelahiran Perak ini mula meluaskan skop dalam perniagaan dengan mencuba sesuatu yang baru. Sebab itu juga bonda mula berniaga coklat Chocodap’s sejak November 2021.

“Senang nak jaja coklat. Ramai yang suka makan Chocodap’s. Memandangkan bonda pun ada kedai, jadi lebih mudah untuk bonda letak stok di kedai.

“Bonda tertarik untuk sertai Chocodap’s selepas tengok iklan Chocodap’s di page King Norashikin tahun lepas. Bonda minat nak berniaga benda yang senang jual dan customer akan datang repeat untuk beli.

“Alhamdulillah, pilihan bonda ternyata tak salah. Memang senang jual coklat. Tambahan kalau kita capai target, ejen juga akan diberikan reward. Macam baru-baru ini, bonda dapat hadiah dari pihak HQ iaitu seutas gelang emas bernilai RM 778. Syukur Alhamdulillah,” akhiri bonda menutup perbualan, semalam.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment