Sibuk bukan alasan, bapa lapan anak ceburi bisnes coklat sejak PKP

“Sebelum ini rakan isteri saya mempromosikan Chocodap’s cuma sebab jauh waktu tu, takda rezeki nak beli dan rasa,” kata ejen Chocodap’s dari Putrajaya, Irfan Md Ariff.

Kata Irfan, selepas berpeluang membeli dan merasai sendiri keenakan Chocodap’s, Irfan kemudian mendaftar sebagai ejen pada tahun 2020.

“Semuanya bermula pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Saya dan keluarga teringin makan coklat. Mula-mula beli, terus rasa nak repeat lagi. Lepas dapat beli dalam kuantiti banyak, saya terus daftar sebagai ejen untuk dapat harga lebih murah. Sambil tu saya boleh jual kepada rakan-rakan pejabat,” kata Irfan.

Dalam pada itu, Irfan juga belajar meneroka ilmu bisnes digital dengan seperti pengiklanan di Facebook dan Shopee.

“Banyak hal yang saya belajar bila dah berniaga. Pelanggan takkan datang begitu saja kalau kita tak usaha.

“Saya juga ikuti kelas selami bisnes dalam dunia digital masa kini. Semuanya harus bergerak pantas. Sambil itu saya juga mengambil tempahan gubahan bunga coklat bersama isteri.

“Hasilnya memang seronok dapat lihat kegembiraan di wajah penerima, Alhamdulillah syukur,” katanya.

Anak-anak juga menggemari Chocodap’s

Irfan yang juga merupakan kakitangan awam memiliki lapan cahaya mata menjadikan Chocodap’s sebagai bisnes untuk jana pendapatan sampingan.

“Bila ramai anak, banyak keperluan yang saya perlu penuhi. Jadi dengan adanya bisnes, dapat saya belikan keperluan dan kehendak anak-anak dengan hasil jualan,” katanya yang pernah meraih jualan sebanyak RM 6239 hasil berniaga coklat.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment