‘Sediakan payung sebelum hujan’- Pandemik ubah corak fikiran Tjut Intan

Pandemik teryata merubah banyak perkara. Jika yang masih bekerja di zon selesa, tiba-tiba sekelip mata hilang punca pendapatan. Hal ini juga yang membuka mata Tjut atau nama sebenarnya Tjut Intan Teuku Iskandar.

Merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat swasta bertempat di Kuala Lumpur Sentral, Tjut mengambil pendekatan ‘sediakan payung sebelum hujan’ dalam hidupnya.

“Sejak Covid melanda dunia saya tengok ramai yang hilang kerja, ketidakstabilan ekonomi, inflasi dan banyak lagi situasi yang berjaya buat saya sedar, hidup kita tidak selamanya di atas.

“Perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan dan sebab itu juga setiap orang perlu ada kesedaran untuk miliki simpanan wang yang mampan,” katanya memulakan bicara.

Meskipun mempunyai pekerjaan tetap yang menjanjikan gaji bulanan yang selesa, Tjut tidak hanya goyang kaki menunggu gaji pada hujung bulan.

Ibu anak satu ini memulakan langkah untuk berniaga demi persediaan masa depan yang selesa.

“Ini back up income saya. Masa muda ni kita kena rajin cari duit. Jual coklat bukan susah macam jual produk lain.

“Awal kenal Chocodap’s saya hanya support bisnes milik Ecan yang merupakan suribisnes (suri rumah, usahawan). Selalu nampak dia live di FB dalam hati terdetik cakap nak try lah beli. Bila dah rasa sendiri Chocodap’s, Masya Allah…sedapnya! Bukan cakap kosong, anda kena cuba sendiri. Coklat lokal tapi kualiti memang International,” kongsi Tjut.

Tambah Tjut keputusan menyertai Chocodap’s dua tahun lalu merupakan hal terbaik yang pernah dilakukan.

“Saya sendiri terkejut tengok potensi sendiri. Dulu ingat tak boleh nak gubah bouquet ternyata mudah sebenarnya.

“Siapa sangka dari suka-suka boleh jana income empat angka setiap bulan. Kita boleh pelbagaikan cara berniaga dengan Chocodap’s antaranya buka booth, buat doorgifts, surprise gifts atau gubahan bunga coklat. Bergantung kepada kreativiti sendiri. Yang penting memang mudah untuk jana income dengan Chocodap’s,” akhirinya bersemangat.

Tjut juga mengimpikan untuk membuka sebuah kafe menjual manisan termasuk Chocodap’s dan dalam masa sama menawarkan perkhidmatan menyediakan goodies dan bunga coklat.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment