Sedap sangat ke Chocodap’s?’ – MA Cantek terjebak dengan dunia coklat selepas…

“Saya nampak Chocodap’s ni asyik lalu timeline di sosial media, terdetik hati nak try. Sedap sangat ke,” soal Aini Azlina Ahmad memulakan cerita bagaimana dia mula terjebak dengan Chocodap’s.

Kata wanita yang mesra dipanggil MA Cantek, pada awalnya, dia hanya mahu memenuhi permintaan suami untuk menikmati Chocodap’s.

“Suami cakap nampak sedap, cuba cari mana nak beli. Jadi saya pun start survey tanya kawan-kawan yang bisnes online.

“Nak beli di luar, terhad sebab banyak dijual atas talian. Saya pernah nampak kawan iklan di status WhatsApp jadi saya terus tanya untuk beli.

“Dari situ dia beritahu untuk beli dalam bentuk pukal lebih murah dan saya decide untuk daftar jadi agent. Sambil makan dapat juga saya buat duit tepi.

“Ternyata bukan saja dapat nikmati coklat sedap malah duit poket saya juga jadi ‘sedap’,” katanya berseloroh.

Akui MA Cantek, walaupun kehidupannya selesa itu tidak menjadi halangannya untuk berdikari menjana kewangan.

“Nak cakap kaya tak lah kaya sangat, susah tak juga susah. Tapi saya puas dapat ceburi bisnes coklat dan jana duit sendiri. Dari rumah dapat buat income, memang saya happy sangat. Alhamdulillah, saya dapat capai target untuk naik ke level Commando dalam masa dua bulan,” katanya.

Buktiknya MA Cantek berhasil menjana jualan peribadi sebanyak RM 3966 pada April lepas.

Dalam masa sama, ibu kepada tiga orang anak ini juga menyediakan khidmat menjual goodies coklat untuk acara keramaian seperti majlis hari jadi atau perkahwinan.

Siapa sangka, dapat makan coklat sedap, duit poket pun jadi tebal. Tahniah MA Cantek! Semoga terus konsisten dan cemerlang dalam dunia bisnes coklat.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment