Peniaga nasi lemak pun pilih Chocodap’s!

Selepas sepuluh tahun nekad melepaskan jawatan di sebuah syarikat perkhidmatan majalah, Siti Suriani Abu Bakar @ Siti mula serius dalam perniagaan.

Bermula pada 2018, Siti mengusahakan perniagaan nasi lemak Brader di LRT Ampang.

Bukan tu je, Siti terus mengorak langkah berjinak dalam bisnes coklat tak lama selepas itu.

“Makan gaji dengan berniaga banyak bezanya. Terutama masa kita sentiasa ade masa untuk family, bab gaji duit pulak, lagi best,” katanya.

Sejak Januari lalu, Siti mula mendaftar sebagai ejen Chocodap’s selepas diperkenalkan oleh leader Mama Ryna @ Salfarina yang juga merupakan jiran lamanya.

“Dah rasa sekali, boleh tahan rasa dia. Sedap! Jadi alang-alang dah beli, why not saya terus jual sekali.

“Walaupun saya sibuk sediakan dan jual nasi lemak bungkus, saya juga nak cuba nasib dalam bisnes coklat juga. Saya percaya dengan promosi yang berterusan pasti Chocodap’s ada pengikutnya tersendiri. Yang penting konsisten dalam usaha dan rajin iklankan,” kata Siti.

Yang pasti, Chocodap’s pun Siti jual di gerainya tau. Kalau nak datang, boleh waze ke gerai Nasi Lemak Brader by Jay & Ct di Ampang. Sambil jamah nasi lemak, Chocodap’s pun ada sekali!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment