Pengalaman baru berniaga di mall, Mama Pya terkejut bila…

Peluang bertemu dengan pengunjung di booth pusat beli belah AEON Shah Alam membuka mata King Chocodap’s, Mama Pya @ Puan Safiyah Kamsani.

Sepanjang dua minggu berdiri sambil menegur pengunjung yang lalu lalang di booth, Mama Pya terkejut dengan respon diterima.

“Mungkin tak terlalu ramai yang lalu lalang terutama pada hari bekerja tapi saya terkejut yang datang singgah semua pengunjung berkualiti.

“Maksud saya mereka yang singgah cepat faham dengan apa yang saya kongsikan mengenai kehebatan Chocodap’s. Sekali bagi penerangan terus ‘lock’ untuk beli dan ramai juga berminat mendaftar sebagai ejen. Satu pengalaman hebat untuk saya dan team kali ini. Buang rasa segan untuk tegur orang tak dikenali seterusnya berkongsi kehebatan Chocodap’s. Seronok sangat,” kata Mama Pya ketika dihubungi pada hari terakhir booth Chocodap’s di sana.

Kongsinya dengan gembira, selepas 14 hari berada di booth, mereka berjaya meraih jualan sebanyak RM 36,000.

“Angka permulaan yang baik untuk kami yang kali pertama berniaga secara langsung di khalayak ramai.

“Jujur saya kata kalau ada peluang begini lagi, sudah tentu saya nak sertai lagi.

“Insha Allah ada rezeki sebelum berpuasa nanti mungkin saya dan team nak repeat berniaga di booth. Maklumlah persediaan Hari Raya Aidilfitri nanti, sudah pasti ramai yang nak dapatkan coklat untuk diisi dalam balang kan,” katanya mama Pya yang sentiasa ceria dan positif.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment