Lima tahun bersama Chocodap’s, terlalu banyak pengalaman dilalui.
Kongsi Farah atau nama sebenarnya Nurfarahana Sadri, meskipun bergelar suri rumah, dia berhasrat membantu suami dengan mula berniaga.
Faktor itu juga membuatkan dirinya aktif berniaga untuk mempunyai duit poket sendiri.
“Sejak kali pertama makan Chocodap’s saya nekad nak jual coklat. Memang sedap dan saya yakin produk ini boleh pergi jauh.
“Saya mula kena Chocodap’s melalui rakan (Mami Sheila) yang merupakan vendor di Keratong, Pahang.
“Lima tahun saya konsisten berniaga Alhamdulillah hasil berniaga macam-macam saya boleh beli untuk keluarga,” katanya ketika dihubungi.
Tambah Farah, dia juga aktif membuka booth di sekitar Seremban dan juga menerima tempahan gubahan bunga coklat.
“Baru-baru ini saya ada buka gerai untuk program UITM di lorong seni Seremban. Alhamdulillah sambutan amat baik.
“Bila ada masa terluang saya akan join mana-mana program yang menyediakan tapak berniaga.
“Pendek kata, ke mana saya pergi mesti dah standby nak bawa kerusi, meja dan bunting. Teruja kalau dapat buka booth Chocodap’s ni,” katanya yang turut mendaftar untuk pakej mini unicorn.
Berkongsi pengalaman sedih, Farah baru sahaja kehilangan bapa tercinta yang mana arwah bapanya merupakan individu yang banyak memberikan sokongan sejak awal.
“Selain suami, arwah ayah selalu jadi juri semasa gubah bunga coklat. Masa awal berniaga, ibu dan arwah ayah yang tolong ambil stok di Palong. Saya masih dalam proses menerima situasi di mana arwah sudah tiada. Doakan agar saya kuat semangat dan teruskan bisnes dengan kudrat yang ada.
“Walaupun arwah tiada di sisi untuk lihat saya berniaga, semangat arwah ayah akan tetap ada dalam diri ini. Doakan saya kuat dan berjaya. Insha Allah satu hari nanti saya mahu beri kesenangan kepada keluarga hasil berniaga coklat,” katanya berjanji untuk terus bangkit lebih kuat.