Lega sejak ada butik coklat!

“Sejak dah ada butik coklat, saya rasa lebih lega,” kata Nurul Huda Abdullah atau Huda yang mengusahakan butik coklat sejak Januari 2021.

Ejen Chocodap’s dari Dungun ini memulakan bisnes coklat pada November 2019.

Ibu lima orang anak ini nekad memulakan bisnes di rumah pada awalnya namun mengambil keputusan untuk menyewa premis perniagaan selepas beberapa bulan berniaga dari rumah.

“Kalau ditanya bisnes di rumah atau kedai lebih seronok, sudah tentu saya kata di kedai. Bila ada kedai, segalanya lebih teratur.

“Kalau dulu berkotak-kotak coklat bersusun di ruang tamu rumah. Kadang-kadang kesian pula anak-anak nak bermain, berlari dalam rumah. Mereka perlukan ruang selesa kan. Tambahan bila dah ada kedai, anak-anak ejen boleh terus datang ke kedai untuk ambil stok. Lebih mudah kerana saya turut dibantu oleh seorang pekerja di kedai. Alhamdulillah,” katanya.

Puan Huda turut berkongsi beberapa keping gambar butik coklat yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Sura Hujung berhampiran dengan UITM Dungun, Terengganu.

Lebih istimewa, butiknya turut dikunjungi oleh founder Chocodap’s dan CEO Chocodap’s, Ticer Sarah dan Encik Farhan Zainuddin, baru-baru ini.

Puan Huda juga meraih pencapaian cemerlang pada tahun 2021 dengan jualan berkumpulan berjumlah RM 503,954.50.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment