Kisah inspirasi OKU bangkit, Abang Bob pasang niat bawa ibu tunai Umrah, bantu rakan senasib

“Lima tahun lalu, lima jari kaki kiri terpaksa dipotong akibat kencing manis. Sejak saat itu, hidup dah tak macam dulu lagi,” luah Munawir Omar atau mesra dipanggil Abang Bob.

Menceritakan detik apabila disarankan oleh doktor untuk memotong kelima-lima jari, dunia Abang Bob terasa seakan terhenti seketika.

Namun begitu, walaupun diuji masalah kesihatan kronik, Abang Bob tidak menyalahkan takdir malah berjaya membuktikan orang kelainan upaya (OKU) juga mampu bangkit dan berjaya seperti individu normal.

“Hidup abang Bob umpama macam kisah dalam drama. Sudah jatuh ditimpa tangga, abang Bob mengalami kemalangan sewaktu bekerja sebagai pemandu Tesco Online pada tahun 2015. Akibat kemalangan itu, abang Bob disahkan hilang upaya untuk bekerja kerana ada penyakit Slip Disc. Memandangkan sebelum ini ada sejarah penyakit kencing manis, keadaan kesihatan abang Bob semakin melarat.

“Tidak terhenti di situ, pada tahun 2018, abang Bob sekali lagi diuji apabila mengalami jangkitan kuman di tulang belakang hingga bernanah. Abang Bob menjalani pembedahan untuk membuang kuman. Selepas itu, doktor menyarankan abang Bob menjalani rawatan di pusat rehabilitasi Melaka pada November 2019.

“Banyak perkara yang abang Bob belajar ketika tinggal di sana. Kalau sebelum ini, abang Bob rasa nasib begini dah cukup teruk, tetapi bila sampai di sana ramai lagi yang mengalami nasib lebih menyedihkan. Banyak pengajaran yang abang Bob belajar di sana malah membuka mata untuk lebih beryukur seterusnya bangkit lebih kuat. Sebagai hambaNYA, kita harus selalu berprasangka baik dengan aturan Allah SWT. Segala ujian yang diturunkan menandakan yang dia sayangkan kita,” kongsinya dalam nada positif.

Akui Abang Bob, dia pernah melalui fasa tertekan memandangkan keadaan kesihatan yang turun naik.

“Sebagai manusia biasa, tipulah kalau abang Bob cakap tak sedih. Bila dah jadi begini, penerimaan orang sekeliling juga berubah. Ada juga kawan-kawan yang mula menjauh. Saya beruntung kepada masih memiliki ibu, seorang kakak dan kami tinggal bersama.

“Abang Bob tak mahu terus mengeluh kerana bila dah masuk pusat rehab, Allah buka mata abang Bob untuk terus bersyukur kerana masih dipinjamkan rezeki untuk terus bernafas. Alhamdulillah.

“ Dalam masa sama, abang Bob juga mendapat wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal. Dengan duit itu abang Bob menjalani rawatan di hospital dan klinik kesihatan,” katanya.

Gambar ketika Abang Bob ketika sihat dan masih bekerja

Sementara itu, Abang Bob yang menginjak usia 50 tahun mengucapkan rasa syukur dipertemukan dengan jenama Chocodap’s yang banyak membantu dirinya untuk kembali bangkit dalam mencari rezeki.

Katanya yang pernah berniaga burger dan Roti John ketika sihat dahulu, besar harapannya untuk berjaya dengan Chocodap’s.

“Ini pekerjaan pertama abang Bob buat selepas lima tahun berehat di rumah. Alhamdulillah respon daripada pembeli sangat positif. Bila abang Bob bagi taster, tengok reaksi mereka je abang Bob dah seronok. Kata mereka, Chocodap’s memang coklat first class!

“Walaupun belum sampai setahun abg Bob menjadi ejen Chocodap’s, abg Bob berharap bisnes coklat ini bakal membuah hasil lumayan kerana ini merupakan punca pendapatan utama sekarang.

“Kalau boleh abang Bob nak bawa mak pergi Makkah untuk tunai Umrah. Sekarang umur dia dah cecah 86 tahun. Semoga Allah SWT izinkan kesempatan untuk abang Bob bawa dia ke sana dengan hasil berniaga Chocodap’s. Selain itu, abang Bob nak bantu rakan-rakan yang senasib. Yang mana perlukan bantuan, Insha Allah abang Bob nak bantu mereka,” akhirinya.

Pada masa ini, abang Bob membuka booth jualan Chocodap’s di kawasan food truck HAS PATIN Batu Caves, Gombak berhampiran Petronas Arah Selayang ke Gombak.

Comments

  • amirah
    11/14/2021 at 9:43 PM

    nak

    • Blh pm abg bob
      02/10/2022 at 7:45 PM

      01118805773

Add a comment