Kiosk Chocodap’s Ustazah Husnina ‘berlegar’ di sekitar Dungun, Kuantan

Kesibukan mengajar di sekolah tidak menghalang Ustazah Husnina atau lebih dikenali sebagai ‘Akak Coklat’ untuk membuka kiosk Chocodap’s.

Cikgu Husnina ketika dihubungi memberitahu dia seronok mengusahakan booth di sekitar Dungun dan Kuantan.

“Bulan lepas saya buka booth di Program Terengganu Maju Berkat Sejahtera di Merchang, Terengganu pada selama tiga hari.

“Alhamdulillah sambutan sangat memuaskan. Memandangkan bulan ini saya agak sibuk buat persiapan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), jadi saya hanya buka booth bila tiada kelas tambahan sahaja,” kata ustazah Husnina kebiasaanya berniaga pada hujung minggu.

Dibantu oleh tiga rakan dari HSC Team, ustazah Husnina bersyukur mendapat sokongan padu dari anggota kumpulan.

“Syukur kak Huda (King) dan Lela (Captain) membantu di booth.

“Insya Allah jika tiada aral, saya dan team akan berniaga di Kuantan minggu depan.

“Bila tiada tapak, saya tumpang letak coklat di food truck suami yang mengusahakan finger food (makanan kudapan seperti ayam gunting, popcorn chicken, chicken donut dan pelbagai lagi),” katanya.

Lokasi jualan makanan jejari milik suami Ustazah Husnina di Dungun, Terengganu.

Tambahnya, jualan di booth. Chocodap’s kebiasaanya mencecah sehingga RM 2000. Terbaik ustazah Husnina & HSC team, semoga terus sukses bersama Chocodap’s!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment