Kedai baru, semangat pun baru! Butik coklat Puan Masya mula dibuka di Sky Awani 2

“Syukur dan lega sejak ada ruang untuk letak coklat dan ruang niaga,” demikian kata Puan Masya Syari yang kini menguruskan butik coklat miliknya.

Kongsi Masya, kedai coklat Chocodap’s berkenaan mula beroperasi sejak Januari 2021 yang menempatkan kesemua stok coklat jualannya.

“Sejak join Chocodap’s pada tahun 2020, masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, semuanya saya buat dari rumah. Maklum saja ruang di rumah agak terhad dan setiap kali ambil stok coklat, memang penuh juga lah rumah dibuatnya disebabkan permintaan yang sangat menggalakkan.

“Sejak awal berniaga lagi saya nak ada niat kalau boleh nak ada ruang pejabat sendiri untuk urus bisnes Chocodap’s. Senang juga orang datang nak membeli dan dalam masa sama, saya tak pening kepala fikir nak letak mana stok.

“Alhamdulillah selepas enam bulan bergelar ejen Chocodap’s, saya dikurniakan rezeki untuk ada ruang kecil yang boleh dijadikan pejabat dan kedai pertama di Medan Idaman, Gombak,” katanya.

Jelas Masya, kini dia maju setapak lagi ke hadapan dengan memiliki ruang sewa baharu dengan keluasan 550 kaki persegi yang terletak di Batu Muda, Kuala Lumpur.

“Kedai baru saya terletak di tingkat 1 di ruangan lot komersial bangunan Sky Awani 2 sebaris dengan ruangan niaga lain-lain.

“Buat masa ini saya tiada kakitangan dan saya uruskan A-Z sendiri. Memang selesa kerana di sinilah saya buat segalanya. Ada juga ruangan khas untuk anak-anak berehat bila mereka balik dari sekolah dan juga ruang untuk saya ‘berkarya’ buat hamper atau gubah bouquet coklat.

“Alhamdulillah walaupun saiznya sederhana tapi cukup selesa untuk naikkan semangat berniaga. Kalau pelanggan singgah, ruang display coklat juga lebih luas. Macam-macam coklat yang ada mereka boleh tengok. Pendek kata, memang terbaik!,” ujarnya gembira.

Besar harapan Kak Masya untuk lihat kedainya berjaya sebagai One Stop Family Centre iaitu pembeli boleh datang ke sana untuk melihat produk buatan Malaysia dengan lebih mudah. Dalam masa sama, dia juga berharap dikurniakan rezeki untuk terus mengembangkan perniagaan dan mempunyai pekerja serta miliki bangunan sendiri suatu masa nanti. Insha Allah, jom kita doakan untuk kak Masya berjaya bersama Chocodap’s!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment