Jaga kesihatan mental di rumah sepanjang Pandemik, boleh cuba tips ini!

Wabak Covid-19 bukan saja mengancam nyawa malah mampu menjejaskan keamanan, dan ketenteraman negara serta boleh mengakibatkan trauma kepada masyarakat yang terjejas seperti mereka yang kehilangan mata pencarian, para pelajar yang terpaksa menjalani sesi pembelajaran dalam talian serta pesakit dan keluarga yang berdepan dengan Covid.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 266 kes bunuh diri dilapor­kan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu sepanjang PKP dikuatkuasakan di seluruh negara. Dan untuk tahun 2021 pula, 468 kes bunuh diri bagi tempoh Januari hingga Mei dilaporkan.

Persekitaran juga tak lagi macam dulu, buka saja media sosial, pasti akan ada berita kematian. Memang mencabar sekali situasi di musim pandemik, pasti ada yang kemurungan dan tertekan! 

Kami senaraikan beberapa perkara anda boleh buat untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan mental anda. Jom tengok apa boleh buat.

Kaitan persekitaran rumah dengan mental

Bayangkan kita menghabiskan 24 jam sehari di rumah! Bekerja, makan, tengok TV, bermain, belajar dan berehat, aktiviti ini diulang setiap hari. Mesti anda rindukan untuk lihat view yang berbeza kan? Kalau hari-hari menghadap view yang sama, boleh jadi boring pula. Betul tak?

Benarkah ruang dalam kediaman memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mental anda? Ya, sudah semestinya!

Tanya pada diri sendiri, kalau rumah berselerak, barang bersepah sana sini, pencahayaan kurang baik, ‘kacau’ tak mood anda?

Menurut Dr Lindsay T Graham dari University of California (Berkeley), rumah adalah ‘alat’ penting yang membentuk pengalaman harian yang tersendiri.

Kaedah bagaimana anda mencipta pembaharuan atau mengatur semula ruangan rumah akan menentukan pelbagai jenis perasaan yang wujud dalam diri sendiri.

Maknanya, persekitaran tempat tinggal dan sudut peribadi anda secara langsung memberikan kesan kepada kesihatan mental anda.

Salah satu tips yang boleh dikongsi, cipta satu ruang ‘bertenang’. Misalnya, jika anda stress atau perlukan ilham ketika bekerja, luang masa dalam 10 minit di ruang itu. Pasti anda akan bangkit lebih segar, selepas itu!

Sebelum anda benar-benar menginginkan ruang peribadi idaman ataupun tempat untuk ‘me time’, perkara utama yang perlu anda dahulukan adalah mencari dahulu tempat mahupun sudut yang bersesuaian.

Antara contoh yang boleh kita ikut, kediaman pengasas Chocodap’s, Ticer Sarah dan CEO, En Farhan Zainuddin diisi dengan akuarium mini yang dalamnya diletakkan ikan yang berwarna-warni. Pendek kata, bila pandang ke sudut berkenaan, hati pasti jadi tenang! Cantik kan?

Dekorasi Minimalis

Perhiasan yang terlalu banyak bakal buatkan rumah jadi sempit dibuatnya! Betul ke dekorasi mempengaruhi kehidupan anda? Semestinya YA!

Menurut pakar pereka hiasan dalaman, Jason Grant, ada menyebut ruang bertenang harus mengutamakan perhiasan dan perabot dengan kuantiti yang sedikit dan minimal. Kalau banyak barang, semak nanti!

Sesuai dengan tujuan bertenang, ertinya anda tidak memerlukan banyak barang serta dekorasi memenuhi ruang tersebut. Sebaiknya, utamakan konsep minimalis dan kesederhanaan.

Jangan ambil remeh dengan kesihatan mental sepanjang pandemik. Ubah suai dekorasi dalam rumah hari ini & anda boleh lihat perbezaannya. Hati jadi lebih tenang, idea nak bekerja pun pasti lebih mencurah datang!

Kredit: https://www.propertyguru.com.my/property-guides/tip-jaga-kesihatan-mental-di-rumah-pkp-malaysia-52548

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment