Hasil komisyen Chocodap’s, Nora berjaya beli kereta idaman!

Empat tahun bersama Chocodap’s, Anora Gazi atau Nora akui usahanya kini menampakkan hasil apabila berjaya membeli sebuah kereta idamannya.

Ujar Nora, kereta Perodua Bezza yang baru sahaja dibeli bakal memberi keselesaan kepada dia dan keluarga.

“Alhamdulillah berkat sabar kumpul duit komisyen jual coklat Chocodap’s bermula tahun lepas, akhirnya saya dapat juga kereta idaman.

“Hasil duit komisyen, saya sanggup ketepi untuk beli benda lain memandangkan impian saya untuk beli kereta baru dulu,” katanya membuka cerita.

Tambah Nora yang optimis dalam bisnes coklat, Perodua Bezza ini juga merupakan kereta keduanya dan sudah semestinya dia menghargai hasil titik peluh selama ini.

“Kereta pertama saya beli sebelum buat bisnes lagi. Ada yang tanya kenapa tak jual kereta lama. Bagi saya, kereta lama ada nilai sentimental tersendiri. Kereta inilah yang saya bawa pergi mengajar, hantar coklat dan bawa mak ke klinik.

“Pelbagai kenangan ada, jadi saya tiada rancangan untuk menjualnya,” katanya bersemangat.

Untuk sahabat Chocodap’s lain, jadikan kisah perjalanan Nora sebagai inspirasi yang boleh dicontohi kerana tiada apa yang mustahil dengan usaha.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment