GIGIT COKLAT 6 BULAN, BOLEH MENANG RM 100,000? BIAR BETUL!

Ganjaran hadiah bernilai RM 100,000 menanti untuk dimenangi tahun ini. Siapa tahu hadiah lumayan ini mungkin milik kalian yang membaca artikel ini?

Jenama coklat tempatan, Chocodap’s membawakan kempen Grand Rewards Chocodap’s yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan antaranya sebuah kereta, motorsikal, telefon pintar termasuk barang kemas untuk dimenangi.

Bukan itu sahaja, kempen Grand Rewards Chocodap’s juga bakal menyaksikan 10 pemenang bertuah bakal membawa pulang RM 1000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM 10,000.

Penyertaan kempen yang bermula bulan Januari hingga Jun ini terbuka kepada seluruh ejen, dropship termasuk pelanggan Chocodap’s.

Syaratnya, para ejen, dropship atau pelanggan hanya perlu melakukan pembelian coklat keluaran Chocodap’s terutama produk terbaharu iaitu ‘Milk Chocolate Mini Bites’.

Pengasas Chocodap’s, Puan May Sarah Nadiah Bt Meor Mohamad dan Mohd Farhan Bin Mohd Zainuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menekankan, kempen ini sebagai inisiatif penghargaan kepada ejen dan dropship di bawah jenama Chocodap’s.

“Tak susah untuk menang. Hanya perlu beli produk Chocodap’s, siapa tahu hadiah lumayan mungkin jadi milik anda.

“Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan peluang pendaftaran dropship secara percuma.

“Untuk info lanjut, anda boleh layari laman sesawang kami di www.chocodaps.com. Syarat dan terma boleh dirujuk di halaman berkenaan,” jelas Farhan.

Tambahnya, kempen ini merupakan anjuran kali ketiga sejak penubuhan syarikat.

Bezanya tempoh kempen kali ini dipendekkan ke enam bulan sahaja berbanding 12 bulan.

Pada masa ini, syarikat memiliki lebih 55,000 agen dan ‘dropship’ berdaftar dengan dua gudang serta dibantu oleh 40 orang kakitangan.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment