Empat tahun bersama Chocodap’s, pelbagai suka duka dah lalui. Paling menarik, kerja dari rumah pun income tetap masuk.
Ejen Chocodap’s dari Pasir Gudang, Amidah Hashim bersyukur membuat pilihan tepat menyertai keluarga Chocodap’s.
“Saya mula dengan dropship pada 5 Mac 2020 dan tidak lama kemudian terus daftar jadi ejen.
“Alhamdulillah, saya belajar dari bawah cara berniaga. Lama-lama saya faham rentak bisnes jual coklat. Memang seronok,” katanya.
Tambah Amidah lagi, dia mula kenal jenama Chocodap’s selepas ternampak sesi live di Facebook.
Sebagai seorang suri rumah, Amidah bersyukur dapat membahagi masa dengan baik antara berniaga dan fokus kepada keluarga.
“Saya nak beri duit poket setiap bulan kepada mak abah, boleh bantu keluarga dan bahagiakan semua orang.
“Itu harapan saya dalam dunia bisnes. Walau dari rumah, dapat juga gaji dengan berniaga online. Chocodap’s pilihan tepat, Alhamdulillah,” akhirinya.