Tahun 2020 melakar kisah suka duka buat wakil pertama Chocodap’s di Pulau Tioman, Puan Khairani Husaini Lim atau mesra dengan panggilan Kak Sayang.
Dalam nada tenang, ibu kepada empat cahaya mata ini membuka cerita kejadian yang merubah kehidupannya sekeluarga.
“Saya sentiasa percaya jalan yang dilorongkan kepada kami sekeluarga adalah yang terbaik dari-NYA.
“Saya mula dengan kisah gembira dulu iaitu perkenalan saya dengan Chocodap’s pada Julai 2020 ternyata membawa khabar baik kepada saya memandangkan saya ejen pertama di pulau ini. Walaupun di pulau ini ada kedai coklat bebas cukai yang menjadi tumpuan pelancong namun ia bukan halangan untuk saya mendapatkan pembeli di sini.
“Bulan pertama hingga ketiga, jualan agak slow. Mungkin penduduk di sini tak berapa familiar dengan jenama Chocodap’s. Jadi saya putuskan untuk ikhtiar sendiri untuk edarkan coklat percuma sebagai taster kepada rakan-rakan di sini.
“Lokasi pertama dituju adalah klinik dan seterusnya sekolah. Saya potong kecil-kecil coklat dan letak dalam bekas. Alhamdulillah sejak itu, saya mula terima tempahan pembeli. Orang dah mula suka dengan keenakan Chocodap’s. Lega sangat hati waktu itu.
“Kegembiraan dapat naik level pada September tahun lalu bertukar duka bila kesihatan suami merosot selepas diserang penyakit Parkinson dan tak boleh lagi bekerja. Pernah terfikir untuk stop berniaga dan bagi tumpuan sepenuhnya kepada suami. Tapi suami beri galakan untuk saya teruskan dengan Chocodap’s. Sekali lagi saya diuji apabila dijangkiti Covid-19 pada bulan sama dan saya dikuarantin di Pusat Kuarantin Rompin.
Enggan bersedih lama, Kak Sayang yang berusia 44 tahun tahun ini bangkit aktif berniaga ditambah suami pula memberi sokongan sepenuhnya.
“Kalau saya duduk meratap sedih lama pun situasi takkan berubah jadi lebih baik. Jadi saya bangkit dengan semangat baru. Ada usaha dan doa konsisten, pasti Allah SWT bantu. Syukur suami beri sokongan 100%.
“Semangat untuk bangkit semula pada Oktober apabila saya kembali rancak berniaga ke sana sini. Alhamdulillah coklat Chocodap’s yang saya letakkan di Agro Bazaar di Kg Tekek dan Tioman Mini Market yg diusahakan oleh keluarga terus terima respon amat baik sekali dan Alhamdulillah saya kini mempunyai beberapa anak agen di sini dan berhasrat memperluaskan rangkaian dengan rekruit seorang wakil Chocodap’s di setiap kampung,” katanya.
Tambahnya, lokasi rumahnya yang memerlukan penghantaran coklat melalui jalan laut juga membuatkan tempahan agak terbatas.
“Kalau nak order, saya akan order banyak-banyak. Maklumlah rugi kalau order sikit sebab nak kena bawa naik cargo bot. Baru-baru ini saya ada tempah 50 kilogram coklat. Bila kotak sampai termenung kejap tengok coklat.
“Alhamdulillah, saya direzekikan dengan tempahan goodies untuk majlis perkahwinan. Saya berjaya siapkan 100 paket Chocodap’s untuk majlis. Alhamdulillah bersyukur sangat. Saya juga belajar untuk gubah bunga coklat dan menerima tempahan untuk buat dulang hantaran,” katanya gembira.
Untuk rekod pencapaian, Kak Sayang pernah meraih jualan berkumpulan tertinggi sebanyak RM 52,639 dalam tempoh enam bulan tahun lalu.