Hampir 20 tahun bergelar tukang jahit, akhirnya Puan Ida atau nama penuhnya Murzalida Mamat nekad untuk ubah angin dengan mencuba nasib sebagai penjual coklat pula.
Ibu lima orang anak ini memberitahu pada awalnya dia tidak yakin untuk berada dalam bidang lain selain menjahit. Ya lah, dah lama menjahit kan tiba-tiba, jual coklat pula.
“Saya pegang pada kata-kata ini, “Kalau tak percaya tak apa. Buat saja dulu”. Macam saya sendiri, mula-mula saya pun tak berapa yakin nak berniaga makanan. Maklumlah, dari anak-anak saya kecil sampai lah yang sulung tu dah 25 tahun, banyak masa saya habiskan waktu dengan ambil tempahan menjahit.
“Agak kekok pada awalnya. Benda baharu yang saya teroka dan belajar. Mujur saya ada bimbingan daripada leader dan team yang tak lokek kongsi ilmu. Jadi makin lama makin seronok dalam dunia baru saya sekarang,” katanya.
Tambah Puan Ida, faktor kesihatan antara salah satu sebab kenapa dia mahu bertukar angin seterusnya menjadi ejen Chocodap’s.
“Saya menjalani pembedahan rahim. Sejak dari itu, kesihatan saya sedikit merosot. Masih boleh bekerja cuma saya mahu nak cuba benda yang baru. Menjahit atau jual coklat, kedua-duanya ada cabaran tersendiri. Tetapi apa yang saya boleh kata, jual coklat memang berbaloi. Saya tidak mahu tinggalkan terus bisnes menjahit cuma perlahan-lahan saya cuba kurangkan aktiviti menjahit.
“Ramai pelanggan saya yang membeli coklat merupakan pelanggan yang selalu tempah baju atau telekung dulu. Mereka juga terdiri daripada cikgu-cikgu yang merupakan pelanggan tetap saya dahulu. Alhamdulillah, saya terima respon yang cukup baik sehingga kini,” katanya.
Kalau nak tahu kisah selanjutnya daripada Puan Ida, jangan lupa ke sesi LIVE Chocodap’s di laman Facebook Chocodap’s Chocolate Supplier pada jam 12 tengahari ini. Jangan ketinggalan ya!