Dulu pakai motor, sekarang mampu beli Axia, “Kenapa perlu sombong sedangkan…” Ini tanda terima kasih Mak Enon atas rezeki melimpah hasil berniaga coklat!

Berkongsi nikmat rezeki! Siapa yang tak mahu kan, bila dah dipinjamkan rezeki yang lebih, pasti kita nak berbagi rezeki terutama dengan golongan yang lebih memerlukan.

Harta di sini bukan merujuk kepada yang kaya semata, bahkan mereka yang ada harta sedikit juga berpeluang berbuat kebaikan dengan kadar tertentu.

Ejen Chocodap’s, Nor Syamila Md Nor atau mesra dengan panggilan Mak Enon berkongsi rasa teruja dengan projek amal sulung yang bermula, baru-baru ini.

Kongsi Mak Enon, sebagai tanda syukur dengan rezeki hasil berniaga coklat, dia mendapat ilham untuk membuat program kebajikan membantu golongan yang memerlukan.

“Jujur saya kata dulu saya hanya ada motor Kris saja. Lepas berniaga Chocodap’s saya mampu untuk beli sebuah kereta Axia. Nikmat mana yang mahu didustakan, saya amat bersyukur dengan rezeki yang dipinjamkan untuk saya sekeluarga. Alhamdulillah.

“Dalam fikiran saya, rezeki Allah SWT dah bagi banyak kepada saya. Kenapa saya perlu sombong dan tidak beri semula kepada masyarakat. Ini tanda terima kasih saya kepada yang Maha ESA dan saya mengajak rakan-rakan yang saya kenal untuk turut serta dalam program Infaq ini juga,” ucap Mak Enon penuh syukur.

Tambah wanita berusia 34 tahun ini juga dia tidak sangka dengan sambutan diterima terutama di kalangan pelanggan setia Chocodap’s juga.

“Kawan-kawan Facebook, customer saya ramai yang berminat turut serta menyumbangkan bantuan dalam misi kali ini. Untuk serahan pertama, saya dan team pergi ke lokasi di bahagian Johor dahulu. Serahan kedua dijadualkan akan menuju ke sembilan buah sekolah lagi. Sekarang ini tengah cuti sekolah jadi serahan akan bersambung selepas sesi persekolahan bermula semula.

“Untuk serahan kedua akan dibuat di Rumah Anak-Anak Yatim di Johor Baharu. Insha Allah kami akan ke Pontian seterusnya ke lokasi-lokasi di Johor. Doakan saya dan team ya,” ucap Mak Enon yang berterima kasih kepada Mama Pya dan seluruh team yang turut berkongsi idea bagi menjayakan projek amal kali ini.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment