Dulu kerja long hours kini lebih flexible, bekas kakitangan O&G kongsi pengalaman jadi usahawan coklat

Berkhidmat sebagai senior accountant di sebuah syarikat minyak dan gas sebelum ini, Sharifah Hazariah Syed Nazri akui mengambil keputusan bekerja sendiri bukan keputusan yang mudah.

Memulakan bicara, Hazariah atau Eifa menyertai sebagai ejen Chocodap’s sejak tahun 2019 berasa seronok bergelar usahawan coklat.

“Kalau dulu makan gaji agak stress kerana kerja long hours. Sekarang waktu lebih flexible dan saya lebih selesa bekerja di bawah pengurusan masa sendiri.

“Kerja sendiri dan kerja makan gaji ni ada bezanya. Kalau dulu saya pernah bekerja 16 jam sehari. Balik rumah sampai sakit dada, terpaksa balik rehat di rumah dan rutin yang sama bersambung esok harinya,” kongsinya.

Eifa yang berusia 36 tahun memberitahu dia tergerak untuk mula berbisnes secara serius selepas tertarik dengan keenakan Chocodap’s.

“Saya merupakan pelanggan Chocodap’s dulu kerana penggemar coklat. Jadi bila dah start beli, lama-lama saya terfikir untuk mendaftar sebagai ejen.

“Saya tahu tentang Chocodap’s menerusi Facebook. Nampak strategi jualan Chocodap’s pun bagus, ada reward untuk ejen yang aktif dan paling penting founder Chocodap’s, Ticer Sarah merupakan anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman. Saya kagum dengan ilmu yang diturunkan kepada usahawan-usahawan di bawahnya. Ramai yang berjaya menjadi jutawan Melayu.

“Saya percaya diri saya juga mampu pergi jauh dalam bisnes dengan bimbingan yang konsisten dan tepat,” ucapnya.

Tambah Eifa, dia seronok mengusahakan bisnes sendiri memandangkan lebih banyak masa untuk keluarga berbanding bekerja makan gaji seperti sebelum ini.

Mengambil contoh kejayaan founder Chocodap’s, Eifa berharap impiannya untuk membeli kereta impian untuk suami dan bapanya dapat ditunaikan suatu hari nanti.

“Saya percaya kata-kata boleh jadi doa. Saya harap dapat hadiahkan suami kereta BMW dan sebuah kereta Camry untuk ayah hasil dari berniaga coklat.

“Dalam masa sama, saya juga impikan ada pendapatan tetap yang lumayan mencecah lima angka sebulan. Kalau boleh RM 50,000. Amin Amin,” akhirinya bersemangat.

Eifa kini aktif menguruskan booth Chocodap’s di AEON Mall Shah Alam sehingga pertengahan Ogos depan.

Jom support ramai-ramai booth coklat Eifa, let’s!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment