Tidak ada hasil akan mengkhianati usaha!
Buktinya dapat kita lihat pada salah sorang ejen Chocodap’s dari Ampang, Fifi Aini atau mesra dengan panggilan Fifi.
Wanita asal Kuala Krai, Kelantan yang merupakan ibu tiga anak ini mula diperkenalkan dengan Chocodap’s pada November 2020 dan sejak itu, banyak hal positif mewarnai kehidupannya.
“Sebelum jadi penjual coklat saya merupakan tukang jahit. Salah satu sebab kenapa saya nak fokus dengan coklat kerana stress free. Tak lagi tertekan sebab tak dapat mampu nak siapkan tempahan baju on time.
“Anak-anak saya masih kecil dan mereka perlukan perhatian. Agak sukar untuk saya fokus duduk menjahit waktu itu. Bila customer tanya baju dah siap ke, saya jadi stress sebab tak mampu nak siapkan. Mujur saya jumpa peluang untuk cuba sesuatu yang baharu iaitu jadi ejen Chocodap’s. Syukur,” kata Fifi.
Wanita berusia 33 tahun ini juga rancak berniaga di sekitar kawasan Ampang.
“Saya ada dua lokasi berniaga iaitu di depan CIMB Pandan Indah pada Isnin hingga Khamis dan Jumaat hingga Ahad di Maybank Bandar Baru Ampang.
“Alhamdulillah sambutan cukup luar biasa dan saya juga seronok dapat bertemu dengan pelanggan yang mula mengenali jenama Chocodap’s lebih dekat,” kongsinya.
Tambah Fifi, Chocodap’s juga menyediakan ilmu bisnes yang sentiasa up to date agar ejen tidak ketinggalan dalam bisnes era digital.
“Jenama Chocodap’s bukan hanya bagi produk tanpa sediakan ilmu. Founder akan ajar cara kita nak promote dan jual sampai berhasil. Coklat ramai yang suka. Sekarang tak payah drive jauh ke Langkawi untuk beli coklat sedap. Hubungi ejen Chocodap’s, kami hantar sampai depan rumah. Yang mana ada area Ampang, boleh singgah ke gerai saya ya,” pesan Fifi mengakhiri perbualan.