Didik anak berniaga dari muda, “Senang nanti bila…,”- Yong Miza 

Melentur buluh biar dari rebungnya! Maksudnya kalau nak didik anak biarlah dari mereka kecil. Besar nanti, tak lah ‘liat’ bila disuruh.

Demikian kata Yong Miza @ Hamizah Hussin menceritakan tiga anaknya kini ditugaskan untuk menjaga booth Chocodap’s di tiga lokasi berbeza.

“Tiga daripada enam anak saya dah diajar untuk cari duit dengan berniaga coklat. Senang bila dah ada skill berniaga di tempat awam. Yang sulung berusia 25 tahun, kedua 20 tahun dan yang seorang lagi 18 tahun. Alhamdulillah semua dah tunjuk minat berniaga.

“Setakat ini saya ada tiga booth Chocodap’s, satu di PKNS Bangi, KIP Mall Bangi (di pintu masuk utama) manakala satu lagi di AEON Mall, Nilai (Program kerjasama bersama MARA) dan yang terkini In shaa Allah booth ke 4 di PKNS Shah Alam mulai 21 Julai 2022 ini”.

“Alhamdulillah syukur ketiga-tiga lokasi ini dipantau baik oleh anak-anak dan sales juga memberangsangkan,” katanya.

Usahawan berusia 48 tahun ini juga mengaku mengusahakan bisnes ada turun naiknya.

“Bukan semua hari orang yang lalu lalang akan singgah beli. Ada juga hari yang langsung tiada jualan tapi itulah proses untuk kita berfikir di luar kotak. Mantapkan strategi untuk tarik pelanggan untuk singgah rasa coklat dan terus grab.

“Bergantung kepada kreativiti kita bagaimana untuk tarik pelanggan. Ada usaha pasti ada hasilnya. Macam saya sendiri banyak letak taster percuma dan saya juga jual bag combo berisi coklat dan bunga. Sambutannya baik sekali, Alhamdulillah,” kata Yong Miza yang kini berada di peringkat General.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment