Pada awalnya, Dr Syahidah Zakaria hanya berniat untuk sekadar suka-suka memandangkan ada kerjaya sebagai seorang doktor. Sibuk di hospital, mana mungkin wanita ini boleh membahagikan masa untuk berniaga. Ye tak?
Tapi segalanya berubah selepas kenal lebih dekat dengan jenama Chocodap’s. Itulah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, tak nak lepas langsung dibuatnya!
“Mula-mula saya niat nak buat one off je sebab sebelum ni pernah try berniaga tapi semua tak kekal lama.
“Mungkin sebab takda bimbingan sempurna. Jadi semangat tu acuh tak acuh saja. Bila dah buat sorang, ikut pula mood kita. Kejap rajin, kejap tak semangat.
“Tapi bila dah ada coach berniaga, semangat berniaga tu lain macam. Lebih semangat dapat pula berniaga coklat. Bagai bulan jatuh ke riba, semangat nak bisnes tu makin membuak,” kongsinya.
Dengan modal hanya RM360, bermulalah kisah Dr Syahidah sebagai peniaga coklat. Masih teringat dalam fikirannya, tempat pertama dituju adalah ke Ipoh!
“Waktu tu leader saya, Wan Nor Fadzlina minat saya hantar ke Ipoh. Teruja sungguh saya waktu itu. Tersenyum-senyum memandu ke sana.
“Ya lah, customer pertama kan. Bila dah join baru saya rasa seronok sebab dapat direct coaching dengan founder dan leader, saya tak rasa tercicir. Segala ilmu dorang share dengan saya.
“Walaupun baru kenal rasa macam adik beradik rapatnya. Tup-tup hujung bulan tengok baki akaun ada empat angka. Mana lah tak gembira. Jual coklat, gaji sama macam kerja pejabat malah kalau rajin, lebih tinggi kita boleh dapat,” katanya.
Kongsi Dr Syahidah lagi, bukan saja duit berkepuk yang diterima malah ganjaran emas pun ada!
Setakat ini, dia berhasil membeli dua bentuk cincin untuk dipakai sendiri manakala menghadiahkan untuk ibu dan ibu mertua.
“Indah perjalanan saya di sini. Rezeki yang ada bukan saja untuk saya tetapi boleh kongsi dengan keluarga. Sebab itu juga saya sayangkan Chocodap’s kerana banyak kongsi rezeki dengan saya. Saya juga percaya masih jauh perjalanan saya di sini. Semoga Allah SWT izinkan saya terus berada di sini agar dapat berkongsi manfaat bersama yang memerlukan di luar sana, InshaAllah,” akhirinya.