Pengusaha dan pengasas jenama Chocodap’s, Ticer May Sarah Nadiah Meor Mohamad menekankan mengenai perubahan demi melebarkan serta mengukuhkan perniagaan lebih-lebih lagi berdepan cabaran pandemik Covid-19.
Dalam bisnes banyak perubahan diperlukan, perubahan yang pertama adalah DIRI SENDIRI, CARA BERFIKIR & TINDAKAN KITA. Semuanya bermula dengan diri kita dulu sebelum kita mahu mengubah orang lain.
“Sebab itu perlunya GURU dalam journey bisnes ni, tapi kalau dah berguru WAJIB dengar cakap guru, keberkatan & adab berguru itu salah satu daripada yang membawa rezeki kepada kita.
“Kalau guru dah ajar, tapi kita tetap degil nak ikut cara kita, taknak terima perubahan & tak super komited nak buat tindakan, makanya payahlah kita nak nampak hasil tu,” kata Ticer Sarah.
Bercakap mengenai soal masa depan bisnes, syarikat dalam rangka tampil dengan pelbagai strategi untuk melanjutkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.
Banyak perkara yang perlu di baiki. Memang nampak game baru yang sangat berbeza, tapi itulah yang kami harus lalui.
Chocodap’s membuka dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendaftar sebagai ejen terutama dalam kalangan suri rumah dan pelajar untuk menjana pendapatan bersama jenama coklat yang boleh didapati dalam talian sejak 2015.
STAY STRONG & CONSISTENT 💪🏻💪🏻💪🏻
LET’S SUCCESS MAKE NOISE 🤜🏻🔥🤛🏻