“Kalau dulu saya buntu sangat mana nak cari duit tolong suami. Ya lah anak-anak masih kecil, saya tak boleh harap pada suami saja seorang bekerja,” ujar Nur Anis Azira Ariffin atau mesra disapa sebagai Anis.
Berkahwin di usia 19 tahun dan kini memiliki lima orang anak, ditambah pula tinggal di bandar Seremban 2 sudah pasti kos hidup menjadi kebimbangan Anis.
“Sebelum ni saya buntu macam mana lah nak tolong suami cari duit. Anak kami lima orang dan semua masih kecil. Tak sampai hati pula tengok dia bekerja seorang cari nafkah untuk keselesaan saya dan anak-anak.
“Fikir nak bayar sewa rumah, anak-anak nak makan belum lagi nak bayar bil eletrik, air, telefon…banyak yang bermain di fikiran saya ketika itu,” katanya.
Percaya dengan kata-kata nasib seseorang tidak akan berubah sekiranya tiada usaha. Kalau duduk diam je, tak ke mana. Betul tak?
Mula diperkenalkan dengan Chocodap’s oleh kakaknya, Fifi, Anis memberitahu keadaan kewangan keluarganya bertambah baik sejak berniaga.
Kata Anis yang berniaga di depan Maybank Seremban 2 ketika ini, perniagaanya mendapat sambutan baik daripada pembeli.
“Makin hari makin seronok. Feedback semua cakap Chocodap’s ni best. Alhamdulillah Chocodap’s beri sinar baru dalam kehidupan saya sekeluarga,” katanya.
Kongsi Anis lagi dia berniat untuk belajar memandu dan memiliki lesen kereta sendiri di masa akan datang.
“Kalau boleh drive dapatlah saya hantar coklat ke rumah-rumah pembeli. Lebih mudah untuk saya gerak ke sana sini untuk berniaga di tempat lain.
“Doakan agar bisnes Chocodap’s saya bertambah maju di masa akan datang. Insha Allah. Yang nak jana income sampingan, boleh sama-sama kita berbisnes Chocodap’s,” akhiri Anis.