Berjaya beli kereta idaman, Nana titip pesan untuk bakal usahawan coklat, “Hasil tidak pernah khianati usaha”

Rumah dah ada, kini giliran memiliki kereta pula tercapai! Alhamdulillah tahun 2021 beri banyak kejutan untuk Ramnah Mosman atau mesra dipanggil Nana.

Kata Nana, dia berniat untuk menukar kereta baharu supaya lebih selesa untuk membawa ibu-bapa tercinta berjalan.

“Kereta lama bukan tak selesa cuma kalau boleh saya nak ibu-bapa selesa bila berjalan. Kereta lama dah habis bayar jadi apa salahnya memandangkan ada rezeki lebih sikit.

“Lebih menggembirakan apabila saya guna payslip Chocodap’s sebagai dokumen sokongan agar mudah dapat kelulusan pinjaman.

“Alhamdulillah atas izin Allah SWT, kereta idaman dah ada depan mata. Bukan lagi angan-angan, kunci kereta dalam tangan pada 19 November lalu,” katanya penuh syukur.

Kongsi Nana, penantian selama tujuh bulan berbaloi apabila melihat kereta idaman ada di depan mata.

“Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), proses untuk dapat kereta perlukan masa yang sedikit panjang. Lebih kurang tujuh bulan menanti.

“Saya mohon pinjaman pada April tahun ini dan bulan yang sama juga pinjaman diluluskan. Tempahan kereta juga dibuat pada bulan April. Dah lama saya berangan untuk memandu kereta Mitsubishi Xpander, Alhamdulillah dapat juga memilikinya,” kata Nana.

Nana bersyukur dengan rezeki yang dipinjamkan dengan pelbagai cara.

“Di Chocodap’s, banyak manfaat yang saya terima. Dengan duit komisyen juga saya berhasil ubah suai rumah dan beli barang kelengkapan. Alhamdulillah Chocodap’s banyak merealisasikan impian saya.

“Untuk yang masih berusaha di luar sana, teruskan usaha. Saya sentiasa percaya bahawa hasil tidak pernah khianati usaha. Allah pasti nampak dengan segala usaha yang kita lakukan dan suatu hari nanti pasti impian anda menjadi realiti.

“Yang penting fokus dengan Big Why dalam hidup. Kereta idaman kini dalam dakapan, terima kasih Allah SWT, Tuan Farhan dan Ticer Sarah kerana beri peluang untuk kami usahawan capai impian yang adakala di luar jangkaan,” akhiri Nana.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment