Berhasil beli kereta cash, ada simpanan kecemasan, Frensheilla berjaya ubah nasib dengan Chocodap’s

“Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

Demikian pegangan yang sentiasa dipegang oleh Frensheilla Anak Sabeli yang bijak menggunakan peluang untuk melakukan sesuatu yang hebat.

Berusia 31 tahun, ibu dua anak ini menyertai Chocodap’s sejak Jun 2018 seterusnya tersenarai antara usahawan yang menghasilkan jualan membanggakan.

“Siapa sangka dengan hanya modal RM 355, saya dapat pulangan berganda-ganda.

“Alhamdulillah dengan duit menjual coklat, saya berhasil membeli sebuah kereta Myvi secara tunai.

“Bukan itu sahaja, saya juga dapat membuat simpanan masa depan dan berjaya menyimpan RM10,000 dalam masa sebulan. Syukur sangat kerana Allah SWT buka jalan untuk ubah nasib kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi.

Kongsinya lagi, dia bersyukur berpeluang untuk membeli tanah di kampung dengan hasil jualan termasuklah komisyen diterima.

Berkhidmat di salah sebuah hospital di Utara, Frensheilla berharap perjuangannya bersama Chocodap’s berterusan dan tidak terhenti di tengah jalan.

“Saya memasang impian untuk sentuh RM 1 juta jualan pada tahun ini. Doakan urusan saya dan team dipermudahkan ya,” akhirinya.

Untuk rekod sepanjang bergelar ejen Chocodap’s, Mia meraih pencapaian terbaik pada November 2020 dengan hasil jualan berkumpulan sebanyak RM 154,000.

Frensheilla juga mencapai rekod melepasi enam angka iaitu sebanyak RM 101,362.50 pada Jun 2021.

Hebat bukan? Sertai Chocodap’s untuk ubah nasib dengan bergelar jutawan coklat sekarang. Siapa tahu anda individu seterusnya!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment