Hari pertama berada di booth, Yunus Mohammed Ali berkongsi pengalaman manis apabila dikunjungi ramai pembeli dari pelbagai kaum.
Bukan saja orang Melayu yang tertarik dengan Chocodap’s malah ada juga pengunjung berbangsa cina yang sudi singgah ke booth dikendali Yunus.
“Hari pertama kami didatangi oleh seorang wanita berbangsa cina yang ramah sekali. Siap ajar kami cakap macam mana nak tanya ‘Sedap tak? Macam mana rasa Chocodap’s?’
“Bersungguh aunty tu mengajar kami macam mana nak sebut. Lepasni kalau ada pengunjung berbangsa Cina boleh kami praktik apa yang diajar,” ujar Yunus bersemangat.
Yunus yang baru berusia 24 tahun merupakan salah seorang ejen Chocodap’s aktif di selatan tanah air mengambil inisiatif membuka booth Chocodap’s di pusat beli belah AEON Bukit Indah.
“Insha Allah saya dan sepupu akan berada di sini selama seminggu bermula 10 pagi hingga 10 malam.
“Doakan agar kami dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi dari segala penyakit bahaya. Duduk di tempat awam sudah pasti kami ambil langkah berjaga-jaga memandangkan negara masih ‘bergelut’ dengan wabak COVID-19. Doakan kami ya dan jemput datang ke booth kami sekiranya ada di kawasan berhampiran,” ujar Yunus mengakhiri perbualan.