Betul ke coklat boleh buat badan sihat?

Kita semua ‘sangat dekat’ dengan coklat. Pasti segenap lapisan usia tahu pasal coklat.

Jadi, jika tak suka coklat sekali pun, sudah tentu ada saja anak, saudara dan rakan-rakan kita yang menggemarinya. Sebab itu, kena ambil tahu!

Coklat adalah kalori yang tinggi dan mengandungi karbohidrat, gula, dan lemak, serta sejumlah protein. Ia kaya dengan sumber vitamin B12, niacin, riboflavin, vitamin E dan mineral seperti fosforus, mangan, dan zink. Ia juga mengandungi kalsium, magnesium, kalium, dan besi. Coklat, terutamanya pelbagai dark chocolate yang diperbuat daripada biji koko, mengandungi dengan pelbagai antioksidan yang kuat seperti flavonoid dan polifenol.

Koko kurangkan stress!

Koko mengandungi tryptophan, asid amino yang mempunyai kesan yang menenangkan. Ini mempunyai kesan menenangkan dan menyegarkan dalam kes-kes ketegangan dan tekanan.

Selain itu, koko juga mengandungi kafein yang merupakan alkaloid, theobromine dan phenylethylamine (amine, khususnya dikenali sebagai antidepresan) yang semuanya adalah perangsang. Mereka adalah pengawalan mood yang sangat berkesan dan antidepresan.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment