Salam Nisfu Syaaban

Sedar tak sedar kita dah tinggalkan bulan rejab dan nak masuk pertengahan bulan Syaaban. Ramadhan berbaki 17 hari sahaja lagi.

Pada pertengahan bulan Syaaban ni ada satu malam yang sangat istimewa iaitu Malam Nisfu Syaaban.

Dalam kitab Al-Umm, Imam Syafie menyebut bahawa ada lima malam yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam untuk mendapatkan doa yang makbul.

Antara malam tersebut adalah malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Bila malam Nisfu Syaaban ni?

15 Syaaban (Nisfu Syaaban) = 25 Februari 2024 (Ahad) *Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Syaaban akan disambut pada malam 24 Februari 2024 (Sabtu), selepas masuk waktu Maghrib.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, banyakkan beramal pada malam Nisfu Syaaban iaitu hari Sabtu malam Ahad minggu ini.

Salah satu amalan mudah yang boleh dilakukan pada malam tersebut adalah perbanyakkan berselawat. Jom kita perbanyakkan amalan berselawat kepada Nabi kita Muhammad ﷺ

‎اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

kerana Sabda Baginda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”

[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment