Dapat bantu adik beradik, Nita syok berniaga coklat di Felda Jengka 18!

“Paling best bila dapat tolong adik-beradik dengan hasil jual coklat,” itu kata Yusnita Yusop @ Kak Nita mengenai pengalamannya bergelar usahawan Chocodap’s.

Sejak Disember 2019, Kak Nita mula terpaut untuk sertai Chocodap’s selepas melihat kejayaan usawahan di Facebook Mashitah Ramli.

“Menerusi Facebook bonda Ieta, saya mula kenal dengan Chocodap’s.

“Saya terus direct message dia dan sejak itu bermula perjalanan saya dengan Chocodap’s.

“Alhamdulillah sampai sekarang saya masih kekal di sini. Saya juga merupakan suri rumah sepenuh masa dan aktif berniaga di sekitar kawasan Felda Jengka 18, Pahang,” katanya.

Ibu empat anak ini juga memberitahu dia pernah hampir putus asa berniaga tetapi atas sokongan orang sekeliling, semangatnya kembali ada.

Pernah mendapat hasil RM 800 dalam sehari, Kak Nita berhasrat membuka sebuah butik coklat di Jengka di masa akan datang.

“Tak salah ada impian. Saya pernah dapat beli laptop dan printer berharga RM2999 hasil berniaga Chocodap’s. Itu pencapaian yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila,” akhirinya yang berniat mengerjakan Umrah dengan hasil titik peluh berniaga.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment