KURMA KASIH PILIHAN UMAT ISLAM RAMADAN 2023

Chocodap’s & Pertubuhan Rezeki Infaq (RI) akan bekerjasama dalam menjalankan program “KURMA KASIH RAMADAN” pada bulan Ramadan yang akan tiba ini.

Pertubuhan Rezeki Infaq adalah merupakan sebuah NGO berdaftar yang memfokuskan kepada Bantuan pendidikan, Pembangunan serta kebajikan kepada anak yatim, tahfiz dan banyak madrasah di seluruh malaysia.

Gabungan kedua organisasi ini menghasilkan sebuah program “KURMA KASIH RAMADAN” dalam mencari dana serta memberikan manfaat kepada 100,000 orang sepanjang bulan ramadan ini.

Fokus & Objektif bagi program ini adalah untuk menaja kurma berbuka puasa kepada mereka yang memerlukan diseluruh Malaysia dengan mensasarkan 7500 tempat yang terdiri daripada Masjid, Tahfiz dan Madrasah.

Dalam program ini kita akan melihat 750 madrasah akan mendapat manfaat dalam membekalkan kurma untuk juadah berbuka puasa yang akan diagihkan.

Sasaran kutipan sepanjang kempen ini adalah sebanyak RM 300,000 dengan memerlukan bantuan seramai 30,000 orang dengan sumbangan serendah RM 10 sahaja.

Sempena Bulan Ramadhan tahun ini menjadi lebih bermakna & kita dapat berkongsi rezeki bersama orang yang memerlukan. Semoga usaha & niat kita dipermudahkan segalanya. Insha Allah 🫶🏻

#Chocodap’s #Rezekiinfaq #kurmakasihramadan

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment