Lawatan sambil belajar ke butik Chocodap’s Klang

Alhamdulillah, salah seorang ejen Chocodap’s Klang berkongsi WIN sepanjang minggu ini.

Pertama, pelajar dari PASTI Nurul Hidayah, Banting datang lawatan sambil belajar ke kedai Choco Cafe milik Kak Rafeah yang terletak di Telok Panglima Garang, Klang.

Pada 4 Februari, seramai 81 pelajar termasuk guru datang ke Choco Cafe dan beberapa aktiviti menarik disediakan.

Antaranya pengenalan coklat dan bagaimana proses coklat dihasilkan. Para pelajar turut diberi pengetahuan asas tentang kelebihan Chocodap’s.

Dalam pada itu, Kak Rafeah juga berjaya menyiapkan tempahan bouquet sebanyak 150 set untuk majlis graduasi sekolah di sekitar sini.

Selain itu, Kak Rafeah juga terima tawaran buka kiosk di majlis graduasi tanpa sebarang caj. Lebih menarik, kak Rafeah dapat buat sales hampir RM 600 dalam masa sejam.

Sementara itu, Kak Rafeah turut menerima tempahan coklat dari tadika termasuk cikgu-cikgu, syukur untuk rezeki minggu ini. Alhamdulillah. Tahniah Kak Rafeah!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment