Manfaat peluang depan mata, Azya TikTokers jana pendapatan lumayan dalam dua jam!

Fenomena berniaga di TikTok semakin menjadi pilihan usahawan masa kini.

Bagi Noraziah Radzali atau Azya, dia menggunakan peluang terbentang di depan mata untuk menjana pendapatan lumayan dalam sehari.

“Sambutan memang meriah bila promote di TikTok. Ramai yang dah pertama kali beli, mereka repeat order lagi.

“Alhamdulillah platform paling selesa buat saya untuk berniaga. Yang penting, kena konsisten untuk buat Live. Jangan sekejap ada, sekejap tak ada. Biar kita kukuhkan tapak dan nama di TikTok, bina kepercayaan dalam kalangan pengikut,” pesannya.

Bercerita mengenai konsistensi, hasil berniaga Chocodap’s di Tiktok menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa.

Tambah Azya, dia berhasil meraih RM 300 anggaran setial kali live.

“Paling tinggi saya dapat RM 900 dalam masa dua jam. Bayangkan tak perlu sewa tapak, duduk di rumah pun boleh dapat income RM 900.

“Alhamdulillah dengan rezeki diterima. Insha Allah saya akan terus konsisten membina ‘kedai’ di platform TikTok,” katanya.

Kongsi Azya dia juga ‘berguru’ dengan beberapa individu yang pakar dalam platform TikTok antaranya Bro Safuan, Andika, Richworks dan juga kelas anjuran Chocodap’s HQ.

Comments

  • Munawir Omar
    02/08/2023 at 11:08 PM

    TAHNIAH AZYA
    KEEP STRONG
    KEEP POSITIVE
    KEEP KONSISTAINT
    ALL THE BEST AMAZING START 2023

Add a comment