Hidup kita ‘sangat dekat’ dengan coklat. Pasti segenap lapisan usia mengenalinya. Jika tak suka coklat sekali pun, sudah tentu ada saja ahli keluarga dan rakan-rakan kita yang menggemarinya. Justeru kena ambil tahu!
Coklat adalah kalori yang tinggi dan mengandungi karbohidrat, gula, dan lemak, serta sejumlah protein. Ia kaya dengan sumber vitamin B12, niacin, riboflavin, vitamin E dan mineral seperti fosforus, mangan, dan zink.
Ia juga mengandungi kalsium, magnesium, kalium, dan besi. Coklat, terutamanya pelbagai dark chocolate yang diperbuat daripada biji koko, mengandungi dengan pelbagai antioksidan yang kuat seperti flavonoid dan polifenol.
RASA lemau je nak masuk pejabat esok?
Coklat membuat kita lebih berjaga-jaga, yang secara tidak langsung juga membantu meningkatkan kecerdasan. Flavonoid meningkatkan aliran darah ke otak. Satu kajian mengatakan, memberi anak makan coklat semasa peperiksaan akan meningkatkan keupayaan penyelesaian matematiknya.
Dengan itu, ingat coklat, ingat Chocodap’s!