Menginjak usia 50 an, ejen Chocodap’s, CikguZuriah Mohamad atau Zue sudah mula bersiap sedia mencari sesuatu yang boleh diusahakan untuk bekalan hari tua.
Ejen yang menetap di Dungun, Terengganu ini mula tertarik terjun dalam bisnes coklat dan berencana fokus selepas bersara nanti.
“Memandangkan dalam empat tahun lagi saya akan pencen, sekarang saya dah mula cari ‘tapak’ jana income kelak.
“Ada aktiviti yang akan diusahakan selepas bersara nanti. Maklumlah sebelum ini saya sibuk bekerja, bila duduk rumah rehat saja, bosan pula. Jadi saya tertarik sertai Chocodap’s untuk belajar berniaga.
“Awalnya saya tak berapa handal dalam dunia bisnes coklat tetapi hasil tunjuk ajar Ticer Sarah, Boss Farhan dan Erdayu Rosli, Alhamdulillah saya mampu bertahan sampai sekarang,” katanya ketika dihubungi.
Berpegang pada prinsip ‘Nak berjaya kerana berani cuba’, Cikgu Zue juga aktif mengambil tempahan gubahan coklat di sekitar Dungun.
“Sepanjang PKP lalu, saya beranikan diri ambil order dari penduduk kawasan sini. Alhamdulillah jualan sangat baik.
“Pernah juga saya buka booth Chocodap’s di Tati University College bulan lalu. Alhamdulillah dalam tiga hari, saya dapat RM 1000,” ucapnya syukur.
Dalam masa sama, Cikgu Zue juga cuba menjual coklat dalam pek mini dengan harga mesra poket antara RM 1-2.
“Boleh dapat RM 200-300 seminggu, ramai rakan sekerja suka dengan produk Chocodap’s dan menyokong jualan saya. Alhamdulillah.
“Kalau ada rezeki lepas bersara, saya berniat nak buka butik coklat di kawasan sini. Doakan impian saya dimakbulkan Allah SWT,” akhirinya.