‘Down’ bila tolak permintaan anak, Lana Diana ubah hidup dengan cara ini!

“Sebelum ni saya bekerja tapi lepas lahirkan anak kedua, saya ambil keputusan jadi suri rumah sepenuh masa,” akuinya banyak hal yang berubah selepas itu.

Lana Diana Azman atau Lana memberitahu tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk aktif berniaga coklat sebelum ini.

“Selalu beli makan sendiri je. Takda fikir nak berniaga. Tapi Chocodap’s sedapnya lain macam. Dari pembeli saya tertarik untuk menjualnya.

“Lagipun saya memang cari kerja yang boleh dibuat side income. Dapat juga saya bantu apa yang patut di rumah. Lagipun saya dah biasa pegang duit sendiri masa bekerja jadi ini peluang terbaik untuk saya jana income,” katanya dalam nada ceria.

Lana sebelum ini bekerja sebagai reservation clear (kerani penempahan) di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.

Tambah Lana sejak bergelar suri rumah, ada kala dia berasa ‘down’ tiap kali permintaan anak-anak tak dapat ditunaikan.

“Dua tahun tak ada income (2018-2020) tipulah saya cakap tak down bila anak minta belikan sesuatu.

“Tambahan saving pula making kurang. Saya tak boleh duduk diam macam tu saja. Nak ubah situasi saya kena bergerak. Jadi ini usaha saya untuk majukan diri dengan berniaga coklat.

“Saya mohon doa semua agar saya dapat jadi usahawan berjaya satu hari nanti,” pintanya.

Menariknya, tahun lalu Lana membeli sebuah mesin basuh tunai hasil berniaga coklat. Lana juga berharap dapat memantapkan kewangannya pada tahun ini.

Insha Allah semoga terus berjaya Lana!

Kata Lana, dia seronok mengusahakan bisnes dari rumah kerana dalam masa sama berpeluang melihat anak-anak membesar di depan mata.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment