HEBAT! Hasil ’bentang’ meja tiga bulan, Azim berjaya kumpul RM 15,000

Usaha lebih, Insha Allah dapat lebih!

Itu kata semangat dari empunya diri Azim atau nama sebenarnya Mohamad Tasnim Ariffin yang rancak berniaga Chocodap’s sejak dua tahun lepas.

Penat lelah Azim dan isterinya, Nur Hasnah membuahkan hasil apabila berjaya mengumpul simpanan sebanyak RM 15,000 awal tahun ini.

“Alhamdulillah rezeki kami suami isteri dapat simpan RM 15,000 hasil berniaga coklat.

“Siapa sangka di awal waktu kami kenal Chocodap’s, masa tu saya datang jumpa kakak nak pinjam duit RM 100 untuk beli susu anak.

“Kakak ajak saya berniaga coklat untuk ubah hidup. Dia suruh saya mula jual coklat tepi jalan. Mula-mula saya tak reti juga lama-lama jadi syok pula. Siapa sangka dulu nak beli susu anak pun meminjam, sekarang Alhamdulillah dah ada simpanan,” ucapnya syukur.

Azim kini aktif berniaga coklat di gerai berhadapan Bank CIMB Seremban 2.

Bekerja di siang hari, malam pula mencari rezeki dengan berniaga coklat, Azim memanjat rasa syukur kerana impiannya untuk menghantar kedua ibu-bapa mertua ke Makkah bakal tercapai tak lama lagi.

“Saya ada cakap dengan Mia (King) impian nak bawa mereka tunai Umrah tahun ini. Syukur Allah mudahkan niat saya. Semoga bisnes terus laris di masa akan datang. Rezeki yang saya dapat nanti boleh saya kongsi dengan orang sekeliling, Insha Allah,” katanya.

Azim yang bekerja sebagai pembantu chef di sebuah hotel di Seremban memberitahu gerai coklatnya mula beroperasi pada 4 petang iaitu selepas habis waktu bekerja.

Hebat kisah Azim ni kan Kalau dia mampu, kenapa anda tidak!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment